• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Lancar Triumph Scrambler 1200 XE, Harga Rp545 Juta (RM157k)

Indonesia Lancar Triumph Scrambler 1200 XE, Harga Rp545 Juta (RM157k)

February 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi Triumph Motorcycle di Indonesia, PT GAS Triumph Motorcycle rasmi melancarkan Scrambler 1200 XE buat pemimnt motosikal dual-purpose retro klasik yang gemar mengembara dengan keselesaan premium pada harga Rp545 juta (RM157,500).

Scrambler 1200 XE dibina berasaskan Bonneville T120 dengan kemampuan tunggangan off-road yang dijana enjin 1,200cc parallel twin berkuasa 89hp dan tork 110Nm.

BACA >>> Triumph Bonneville T120 Diamond Edition (2019) Rai Ulang Tahun ke-60, 200 Unit Sahaja!

Triumph ialah antara perintis scrambler dengan gaya badan seperti ini sejak era 1950-an dan terima kasih kepada selebriti dunia seperti aktor Steve McQueen yang membantu mempopularkan Bonneville T120TT dan TR6. Dengan gaya khas ekzos rentang belakang @ upswept dan tayar off road, gaya ini menjadi trend popular seluruh dunia.

Triumph kembali melancarkan scrambler moden pada 2006 dengan pelbagai inovasi baharu tanpa mengetepikan aspek ketulenan legasi yang diwarisi jenama itu.

SESUAI DENGAN PEMINAT MOTOR BESAR INDONESIA

triumph-1200-xe-2019-indonesia-7
triumph-1200-xe-2019-indonesia-15
triumph-1200-xe-2019-indonesia-13

Pengarah PT GAS Triumph Motorcycle, Yudi Yulianto berkata, Scrambler 1200 XE sangat sesuai dengan karakter peminat motosikal besar di Indonesia yang sukakan model kustom untuk keluar berkonvoi ke mana-mana destinasi.

“Scrambler 1200 XE ialah cerminan Triumph kepada trend dan gaya hidup penunggang moden yang mencari sosok motor ikonik yang dapat mengekspresikan diri tanpa mengetepikan pengalaman menunggang ke pelbagai destinasi. Berdasarkan kondisi demikian, ia sangat sesuai cocok digunakan di Indonesia,” katanya.

Selain Scrambler 1200 XE, Triumph sebenarnya juga ada varian lain dengan spesifikasi lebih rendah, iaitu Scrambler 1200 XC, tetapi XE ialah varian yang paling premium dengan harga yang tidak jauh berbeza.

”Pengguna Indonesia sukakan motor yang spesial dan berprestasi penuh, inilah sebab kenapa kami cuma perkenalkan Scrambler 1200 XE,” kata Yuli lagi.

Melengkapkan lagi model dual-purpose retro klasik jenama British itu ialah ciri moden seperti panel instrumen TFT generasi kedua, belokan ABS, lampu LED, kawalan jelajah, navigasi dan kawalan GoPro (yang pertama di dunia). Seperti disebut di atas, ciri scrambler diserlahkah dengan penampilan ekzos gaya rentang belakang, dan jarak tinggi tanah yang tinggi.

BACA >>> Triumph Thruxton TFC (2019) - Cafe Racer Edisi Terhad yang Dijual 750 Unit Sahaja

Scrambler 1200 XE turut dibekalkan ciri off-road moden seperti fork depan Showa, peg kaki boleh lipat, 6 mod tunggangan termasuk off-road Pro, suspensi belakang Öhlins dengan travel 250mm, gad tangan, rim jejari 21 inci, dan bar hendal yang boleh dilaraskan ketinggian.

GALERI

SUMBER: NaikMotor

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Dual-Purpose, Indonesia, PT GAS Triumph Motorcycle, retro klasik, roda2, Triumph, Triumph Indonesia, Triumph Scrambler 1200 XC, Triumph Scrambler 1200 XE, Yudi Yulianto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my