Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Idea Haramkan Kapcai ‘Berprestasi Tinggi’ Ibarat Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
Auto Terkini

Idea Haramkan Kapcai ‘Berprestasi Tinggi’ Ibarat Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MANTAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali dengan minat terhadap motosikal berkuasa tinggi memberi pandangan beliau tentang cadangan mengharamkan kapcai berprestasi tinggi.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ahmad Zahid menyatakan secara jelas beliau tidak berhasrat memperkecilkan cadangan mengharamkan kapcai ‘berprestasi tinggi’ tetapi idea itu perlu diperhalusi terlebih dahulu.

BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi

Beliau berkata:’

“Pertama, motosikal walau apa prestasi jika ditunggang dengan cermat, berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya kebarangkalian selamat adalah tinggi.

Kecuali berlaku faktor-faktor luar jangka seperti disebabkan oleh kecuaian pemandu kenderaan lain, kerosakan pada motosikal atau permukaan jalan tidak selamat.

Sebab itu penunggang digesa memastikan motosikal sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa berhati-hati di jalan raya bagi mengelak risiko tidak diingini.”

BACA >>> Punca Ramai Penunggang Maut, Lagi Gesaan Haramkan Kapcai!

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Zahid menyentuh mengenai kesan terhadap ekonomi khususnya sektor automotif jika idea mengharamkan ‘kapcai berprestasi’ dibuat.

Ini kata beliau:

“Kedua, pasaran motosikal di Malaysia dilaporkan antara yang tertinggi di Asean, malah antara yang tertinggi di dunia sebelum pandemik melanda.

“Langkah pengharaman ke atas kapcai dikhuatiri akan mengganggu industri tersebut yang baru saja mahu ‘bernafas’ semula.

“Kesan buruknya pasti akan dihadapi oleh ramai mereka yang terlibat dalam industri berkenaan daripada pengedar, penjual sehingga kepada pekerja. Malah sektor berkaitan termasuk perniagaan alat ganti dan bengkel membaiki motosikal akan turut terkesan.”

Poin ketiga dibangkit beliau ialah kepentingan motosikal kapcai dalam kehidupan hampir 11 juta penduduk Malaysia. Beliau menyatakan:

“Ketiga, dianggarkan 11 juta penduduk Malaysia menggunakan kapcai untuk kegiatan harian termasuk ke tempat kerja atau urusan-urusan lain.

“Antara faktor termasuk belum mampu memiliki kereta atau membeli lebih daripada sebuah kereta, maka sama ada suami atau isteri perlu menggunakan motosikal.

“Selain itu terdapat juga faktor mahu menjimatkan kos pengangkutan, mengelak terperangkap kesesakan lalu lintas dan kesukaran mendapat parkir.

“Begitu juga dengan pelajar institusi pengajian tinggi. Tidak semua ibu bapa mampu membelikan kereta buat anak-anak mereka untuk ke kuliah atau kelas.”

Berhubung isu kapcai diubah suai hingga mampu mencatat kelajuan tinggi dan digunakan dalam aktiviti lumba haram, beliau berkata:

“Kita pernah mendengar tentang kapcai walaupun speed-cut (batasan halaju) 110kmj masih boleh diubah suai untuk ditambah kelajuan. Kerana itu juga kita pernah dengar tentang kapcai boleh mencecah kelajuan sehingga 180 kmj untuk tujuan lumba haram.

“Ini bermaksud walaupun kapcai berprestasi tinggi diharamkan, masalah sebenar iaitu kelajuan yang tidak selamat akan terus berlaku. Justeru, aspek paling penting dalam menangani isu kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal adalah berhubung sikap pengguna jalan raya.

“Tentang usaha memperkasa kesedaran mereka terhadap kepentingan mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan ketika menunggang motosikal.

“Menanam elemen prihatin dan saling mengambil berat dalam kalangan pengguna jalan raya bagi mengatasi tingkah laku pentingkan diri.

“Begitu juga dengan aspek penguatkuasaan peraturan jalan raya dan peranan keluarga bagi membendung remaja daripada terlibat dalam aktiviti lumba haram.”

Kesimpulan beliau luahkan cukup mudah iaitu:

“Kita tidak mahu sebarang dasar apabila dilaksanakan kurang berkesan akhirnya mengundang kiasan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”

BACA >>> Menteri: Kerajaan Tiada Hasrat Hapuskan Kapcai untuk Kurangkan Kemalangan
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Haram Motosikal Isu Keselamatan Jalan Raya Isu Mengharamkan Kapcai Ketua Polis Negara roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.