• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #IAA2017: Mercedes-AMG Project One Berkuasa 1,000hp, Sudah Ada Bilionair Malaysia Tempah

#IAA2017: Mercedes-AMG Project One Berkuasa 1,000hp, Sudah Ada Bilionair Malaysia Tempah

September 16, 2017 By Han Othman Leave a Comment

699
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA hiper, Project One yang dihasilkan khas sempena ulang tahun ke-50 Mercedes-AMG bakal muncul di Malaysia, menurut Mercedes-Benz Malaysia (MBM). Diilhamkan daripada teknologi kereta Formula Satu (F1) Mercedes-AMG dengan Petronas, Project One ditayangkan dalam bentuk konsep kepada umum pada Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017 yang sedang berlangsung ketika ini.

Mercedes tidak mengesahkan bilakah tarikh sebenar versi pengeluaran dikeluarkan, tetapi apa yang pasti model itu akan dihasilkan dalam jumlah sangat terhad. Mengikut perancangan, cuma 275 unit sahaja. Malah, berapa unit yang diperuntukkan untuk pasaran Malaysia juga tidak diketahui.

Bagaimanapun, menurut laporan dipetik Carlist.my, pihak MBM mengesahkan ada seorang bilionair Malaysia sudah pun menempah model tersebut.

ILHAM JENTERA F1

Project One diinspirasikan jentera F1 dengan memuatkan enjin 1.6L pengecas turbo elektrik V6 bersama paduan motor elektrik 120kW pada aci engkol, dan roda belakang menerusi transmisi 8-kelajuan 'bespoke' yang dibangunkan khas untuk kereta berkenaan. 

Setiap roda depan dipacu motor elektrik yang bukan hanya untuk dipandu, tetapi juga pembrekan regeneratif dan pemvektoran tork. Tetapan keseluruhan dikatakan mampu menghasilkan kuasa kuda lebih 1,000hp dan melonjakkan Project One daripada 0-200kmj dalam masa kurang 6 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah lebih 300kmj!

Project One dijangka dijual pada harga €2.275 juta (RM11.39 juta) di Eropah.

GALERI

SUMBER: Carlist.my

 

Related

699
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bilionair Malaysia, IAA 2017, Mercedes-AMG, Mercedes-AMG Project One, Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev