HYUNDAI INSTER 2025, juga dikenali sebagai Casper Electric menerima pengiktirafan berprestij sebagai Kenderaan Elektrik Terbaik Dunia (WEV) 2025 sempena Anugerah Kereta Terbaik Dunia (World Car Awards, WCA).
Pencapaian itu ialah tahun keempat berturut-turut untuk sebuah model daripada Hyundai Motor Company yang mendahului satu atau lebih kategori dalam WCA, sekali gus mengukuhkan kedudukan Hyundai dalam industri automotif.
Pengiktirafan tersebut juga sebahagian siri kejayaan Hyundai selain kemenangan diraih sebelum ini seperti Hyundai IONIQ 5 N (foto atas) sebagai Kereta Prestasi Dunia 2024, dan IONIQ 6 serta IONIQ 5 yang masing-masing meraih gelaran pada 2023 dan 2022.
Anugerah Diraih Hyundai IONIQ 6 2023
- Kereta Terbaik Dunia (World Car of the Year)
- Kenderaan Elektrik Terbaik Dunia (World Electric Vehicle)
- Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (World Car Design of the Year)
Anugerah Diraih Hyundai IONIQ 5 2022
- Kereta Terbaik Dunia (World Car of the Year)
- Kenderaan Elektrik Terbaik Dunia (World Electric Vehicle)
- Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (World Car Design of the Year)
Sebagai EV subkompak, Hyundai INSTER 2025 menonjolkan rekabentuk, jarak pemanduan, dan teknologi moden terbaik.
Keupayaan pengecasan pantas membolehkan bateri dicas 10 hingga 80 peratus dalam masa kira-kira 30 minit menggunakan stesen pengecas pantas (DC) bkuasa tinggi (sekurang-kurangnya output 120kW).
Model jarak jauh 49kWj boleh dipandu hingga 370km (dengan rim 15 inci) sekali cas, manakala bateri standard 42kWj pula menawarkan julat pemanduan hingga 327km (dengan rim 15 inci).
Kedua-dua pilihan bateri itu dikuasakan satu motor elektrik berkuasa 71.1kW (97ps) untuk varian asas dan 84.5kW (115ps) untuk varian jarak jauh, dengan kedua-dua model menawarkan daya tork 147Nm. Anggaran penggunaan tenaga pula 14.9kWj/100km (mengikut ujian WLTP).
Kriteria Kelayakan Anugerah WEV
Bagi melayakkan menerima anugerah teratas WEV, sesebuah model perlu memenuhi syarat berikut:
- Dijana sepenuhnya motor elektrik: Kenderaan tersebut wajib menggunakan hanya satu atau lebih motor elektrik sebagai sumber kuasa utama.
- Pengeluaran minimum: Jumlah unit dihasilkan mesti sekurang-kurangnya 5,000 unit setahun.
- Ketersediaan pasaran global: Model tersebut perlu dijual sekurang-kurangnya di dua pasaran utama berbeza, membabitkan minimum dua benua berasingan.
- Tempoh jualan: Kenderaan tersebut mesti berada di pasaran dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 Mac 2025.
Juri Kalangan 96 Wartawan Automotif Antarabangsa dari 30 Negara
Dua model teratas di bawah Hyundai INSTER 2025 adalah:
- Kia EV3
- Porsche Macan Electric
Finalis Lain
- Volkswagen ID. Buzz
- Volvo EX90
Spesifikasi Hyundai INSTER 2025
Berikut spesifikasi Hyundai INSTER 2025:
- Dimensi panjang 3,825mm, lebar 1,610mm dan tinggi 1,575mm, manakala jarak roda 2,580mm
- Ruang kepala depan 1,028mm, bumbung suria 987mm dan belakang 982mm
- Ruang kaki depan 1,050mm, belakang 885mm, dan tempat duduk belakang gelongsor (811mm-958mm)
- Ruang but 280 liter hingga 351 liter (tempat duduk belakang gelongsor)
- Pilihan bateri standard: 42kWj, dan jarak jauh: 49kWj
- Output kuasa 71.1kW (standard) dan 97ps, dan jarak jauh 84.5kW dan 115ps
- Kelajuan 140kmj (standard), dan jarak jauh 150kmj
- Pecutan 0-100kmj sepantas 11.7 saat (standard) dan 10.6 saat (jarak jauh)
- Masa pengecasan AC (11kW OBC) Standard: 4 jam (16A), dan jarak jauh: 4 jam 35 minit (16A)
Leave a Reply