• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Cipta Teknologi Penyaman Udara Baharu yang Lebih Cekap, Bersih

Hyundai Cipta Teknologi Penyaman Udara Baharu yang Lebih Cekap, Bersih

August 13, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI Motor Group mendedahkan tiga teknologi penyaman udara (AC) baharu yang direka untuk memastikan udara dalam kabin kekal bersih dan segar.

Sistem baru inovatif itu terdiri daripada Teknologi Hembus-Lepas, Teknologi Mod Multi-Udara dan Teknologi  Indikator Habuk Diperhalusi dan akan dilengkapkan pada model Hyundai akan datang dan juga subsidiari seperto Kia dan Genesis.

BACA>>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri

Hyundai menerangkan bagaimana setiap sistem ini berfungsi:

1. TEKNOLOGI HEMBUS-LEPAS (AFTER-BLOW)

Dengan Teknologi Hembus-Lepas (After-Blow), yang berfungsi menghembuskan udara berterusan, sistem AS Hyundai baharu ini kini mampu mengurangkan pertumbuhan kulapuk yang disebabkan kelembapan. Ini diperoleh dengan mengeringkan udara peluwap (condensate air) pada evaporator yang boleh menyebabkan bau tidak diingini ketika cuaca panas. Ini termasuklah masalah kesihatan apabila lama dibiarkan.

Apabila peluwap pada evaporator mengering selepas enjin dimatikan, sistem Hembus-Lepas akan diaktifkan untuk mengeringkan evaporator pada mana-mana lebihan peluwap. Bagi mengelakkan bateri habis, sistem penyaman udara Hyundai ini didatangkan dengan sensor bateri pintar (IBS) yang akan mematikan blower jika bateri lemah.

Sensor juga menyahaktifkan blower apabila AC tidak digunakan dalam jangka masa tertentu, atau ketika suhu persekitaran rendah.

2. MOD MULTI-UDARA

Hyundai meningkatkan jumlah ventilator dalam kenderaan dengan menambah banyak permukaan berliang dengan lubang kecil dan halus supaya dapat ditembusi udara. Mod Multi-Udara akan membolehkan udara dingin dikitarkan dan disebarkan dengan lebih baik ke seluruh kabin.

Jumlah dan kekuatan udara yang dihembuskan AC masih sama, tetapi tidak lagi bertumpu pada ventilator udara tradisional. Ini berkesan menghilangkan keperluan penumpang menghalakan ventilator udara ke arah diri sendiri supaya rasa sejuk.

BACA >>> Feher ACH-1: Helmet Pertama Dunia dengan Sistem Penyaman Udara Kini di Pasaran

3. INDIKATOR DEBU HALUS

Pemilik kereta Hyundai, Kia, dan Genesis nanti akan dapat mengesan tahap pencemaran dalam kereta secara masa nyata (real-time) dengan teknologi Indikator Debu Halus baharu. Sistem ini membolehkan penumpang mengetahui tahap debu halus dalam kabin menerusi paparan pemuka tengah dengan warna berbeza seperti biru, hijau, jingga dan merah.

Jika  tahap jingga dikesan, sistem secara automatik mengaktifkan mod cucian-udara untuk menulenkan udara kabin. Sistem juga berfungsi sebagai pengingat kepada pemandu supaya menukar penapis AC atau mencuci kerusi dan karpet tercemar.

Hyundai tidak mendedahkan kenderaan mana yang akan menerima teknologi penyaman udara baharu ini atau tarikh pengenalan. Apa yang pasti, teknologi ini akan diperkenalkan di pasaran tempatan, semestinya di  Korea Selatan.

BACA >>> Fakta atau Auta: Setkan Suhu Penyaman Udara Paling Sejuk Punca Kuat Makan Minyak?

SUMBER: Carmudi

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hyundai, penyaman udara, Penyaman Udara Hyundai, teknologi, Teknologi Penyaman Udara Hyundai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my