Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Boulder Concept, Lagi SUV Berkotak, Mahu Lawan Ford Bronco?
Auto Terkini

Hyundai Boulder Concept, Lagi SUV Berkotak, Mahu Lawan Ford Bronco?

Abang HirataBy Abang Hirata02/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASARAN automotif kini menyaksikan kebangkitan semula trend SUV berkotak dengan gaya lasak yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Rekaan yang menonjolkan imej utilitarian ini dipopularkan kembali oleh jenama dari China seperti BYD, GWM, Haval, Chery dan juga iCar.

Gaya sebegini sebenarnya mengulangi trend klasik yang pernah dibawa oleh model ikonik dari Inggeris, Amerika Syarikat, dan Jepun.

Terbaru, Hyundai mempertontonkan Boulder Concept di New York, sebuah model yang menggariskan hala tuju baharu jenama itu dalam segmen kenderaan lasak.

Berada di Amerika Syarikat dan berdasarkan gayaan yang dibawa, Boulder Concept seperti mahu menyaingi Ford Bronco dan Jeep Wrangler.

Hyundai Boulder Concept – Pratonton Trak Pikap Menjelang 2030

Hyundai Boulder Concept membuat kemunculan sulung global di Pameran Auto Antarabangsa New York 2026 pada 1 April 2026.

Walaupun tampil dengan gayaan jip penumpang, Boulder Concept sebenarnya sebuah kajian reka bentuk dalam bentuk SUV yang berfungsi sebagai pratonton awal kepada seni bina body-on-frame pertama Hyundai untuk pasaran Amerika Syarikat.

Platform baharu ini disahkan bakal menjadi asas kepada pengeluaran trak pikap saiz sederhana yang dijangka tiba di pasaran menjelang tahun 2030.

Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept

Langkah ini menandakan penyertaan Hyundai ke dalam segmen yang belum pernah mereka ceburi sebelum ini. Pikap Santa Cruz di pasaran sekarang menggunakan binaan uni-body.

Struktur ladder-frame pada model konsep ini sememangnya menjadi pilihan utama pengguna di Amerika yang mementingkan keupayaan off-road yang serius serta kemampuan tunda dan angkut yang tinggi.

Sebelum tampil dengan Boulder, Hyundai terlebih dahulu mempertontonkan Crater Concept di Los Angeles pada tahun 2025.

Falsafah Reka Bentuk Art of Steel

Penampilan luar Konsep Boulder menterjemahkan falsafah reka bentuk Art of Steel yang diilhamkan oleh teknologi keluli canggih daripada Hyundai Steel.

Bahasa rekaan ini menukarkan kekuatan keluli kepada bentuk arca yang berfungsi dengan lengkok badan yang lancar dan garisan yang tepat.

Keseluruhan badan kenderaan ini disaluti dengan kemasan warna Liquid Titanium.

Reka bentuk luarannya menampilkan siluet jenis dua kotak yang tegak dengan struktur bumbung dan tingkap yang tinggi.

Ini bukan sahaja memberikan jarak penglihatan yang cemerlang, malah menyerlahkan badan kenderaan yang lebih dominan di atas jalan raya.

Antara ciri unik yang ditampilkan seperti tingkap atas jenis tetap gaya safari untuk pencahayaan kabin yang lebih baik dan pintu gaya coach yang memudahkan urusan keluar masuk penumpang serta pemuatan barang pada barisan pertama dan kedua.

Keupayaan Off-road dan Utiliti Luaran

Boulder dibina untuk pengembaraan ekstrem dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.

Ia dilengkapi tayar mud-terrain bersaiz 37 inci iaitu 37×12.50R18 LT yang merangkumi tayar ganti saiz penuh yang dipasang pada pintu belakang.

Reka bentuk ini turut memberikan sudut depan, sudut belakang dan lepasan tengah yang agresif bagi meningkatkan kelincahan ketika melalui laluan off-road.

Jika terdapat aliran air atau sungai kecil yang menghalang laluan, kedalaman mengharung air yang tinggi membolehkan Boulder terus bergerak dengan selamat.

Untuk kemudahan waktu malam, elemen seperti cangkuk tunda dan pemegang pintu dilengkapi dengan bahan pemantul cahaya bagi memudahkan pengecaman dari jauh.

Bahagian bumbung pula dipasang rak profil rendah untuk kargo tambahan.

Ciri paling versatil pada bahagian belakang adalah pintu belakang dua sisi dengan engsel berkembar yang boleh dibuka dari mana-mana arah.

Selain itu, tingkap belakang kuasa pada pintu belakang boleh diturunkan untuk membawa barangan yang sangat panjang serta memberikan aliran ventilasi yang menyegarkan ketika kenderaan sedang bergerak.

Ruang Dalaman dan Teknologi Lapangan

Di bahagian dalam, Hyundai menggunakan bahan yang sangat tahan lasak untuk kawasan yang sering disentuh seperti pemaut dan bahagian yang mempunyai kadar haus yang tinggi.

Tumpuan diberikan kepada aspek ergonomik di mana kawalan utama menggunakan tombol dan butang fizikal yang mudah dicapai walaupun ketika memandu di permukaan bumi yang tidak rata.

Kabin ini juga bersifat boleh laras bagi menyokong pelbagai aktiviti. Terdapat meja lipat yang unik untuk kegunaan menjamu selera atau sebagai ruang kerja ketika berada di lapangan.

Bagi membantu pemandu ketika aktiviti lasak, sistem panduan off-road masa nyata berasaskan perisian turut disediakan yang berfungsi sebagai pembantu digital (digital spotter).

Boulder juga direka sebagai sebuah kanvas kosong bagi memudahkan penambahan pelbagai aksesori mengikut citarasa pemilik.

Strategi Pembangunan dan Pengeluaran

Pihak pengurusan tertinggi Hyundai mengesahkan bahawa projek body-on-frame ini merupakan sebahagian daripada rancangan besar untuk memperkenalkan 36 kenderaan baharu di Amerika Utara menjelang 2030.

Syarikat telah menetapkan garis panduan yang ketat bagi memastikan model itu memenuhi keperluan khusus pasaran tersebut.

Trak pikap saiz sederhana yang bakal menyusul daripada konsep ini akan direka di Amerika oleh pasukan Hyundai Design North America yang berpangkalan di Southern California.

Ia akan dibangunkan dan dibina di Amerika menggunakan keluli Amerika Syarikat yang dihasilkan sendiri oleh Hyundai selain untuk ketahanan dan mutu yang selari dengan jangkaan pelanggan tempatan.

Ringkasan Maklumat dan Spesifikasi Hyundai Boulder Concept

  • Jenis: SUV konsep dan pratonton trak pikap saiz sederhana
  • Struktur: Fully-boxed body-on-frame (rangka jenis tangga)
  • Bahasa Reka Bentuk: Art of Steel
  • Tayar: 37×12.50R18 LT jenis mud-terrain (37 inci)
  • Saiz Rim: 18 inci
  • Ciri Pintu: Jenis coach dan pintu belakang dua sisi dengan engsel berkembar
  • Kemasan Luaran: Liquid Titanium
  • Kelengkapan Luaran: Rak bumbung keluli, tingkap safari, dan tingkap belakang kuasa
  • Ciri Keselamatan Luaran: Bahan pemantul cahaya pada cangkuk tunda dan pemegang pintu
  • Teknologi: Sistem panduan off-road masa nyata (digital spotter)
  • Sasaran Pengeluaran: Menjelang tahun 2030
  • Asal Pembangunan: Direka, dibangunkan dan dibina di Amerika Syarikat menggunakan keluli AS Hyundai
hyundai Hyundai Boulder Hyundai Boulder Concept Hyundai Crater Concept
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Stesen minyak di iran
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Naik, Tapi RON95 Malaysia Kekal RM1.99 Seliter

    02/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    01/04/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Auto Terkini

    GWM Malaysia Sedia Pelan 2026 – 2028 – Sasar 60k Jualan Fokus SUV, Teknologi Hibrid

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.