• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Hujan Beri Kelebihan Harith Farhan Muncul Juara CP115 Di Batu Kawan

Hujan Beri Kelebihan Harith Farhan Muncul Juara CP115 Di Batu Kawan

April 17, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Harith Farhan KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 pusingan ke-3 yang berlangsung di  Litar Stadium Negeri Batu Kawan turut menyaksikan Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) muncul sebagai juara bagi kategori CP115.

Harith Farhan yang menggunakan kelebihan beraksi dalam keadaan hujan berjaya menewaskan Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dengan masa keseluruhan 14’22.415s.

Tengku Amirul yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 14’22.629s manakala pelumba persendirian, Md Haeikal Akmal Zakaria di tangga ketiga dengan masa 14’32.285s.

CP115-03_CubPrix Batu Kawan 2016Walaupun tidak bergelar juara, Tengku Amirul masih berada di tangga teratas keseluruhan dengan 45 mata diikuti Harith Farhan dengan 41 mata.

Sementara itu bagi kategori Wira, hujan lebat sewaktu perlumbaan juga tidak menghalang pelumba-pelumba muda untuk mempamerkan aksi cemerlang dengan gelaran juara menjadi milik Md Shafiq Ezzariq dengan masa 12’02.299s.

WIRA_CubPrix Batu Kawan 2016Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda itu menewaskan pelumba persendirian, Md Afizi Supaat yang menamatkan perlumbaan dengan masa 12’02.358 manakala rakan sepasukan Shafiq, Md Anuar Ibrahim Pawi (adik kepada pelumba sensasi Negara, Khairul Idham Pawi) meneruskan kecemerlangan keluarga apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 12’05.164s.

Shafiq mengumpul 50 mata maksimum untuk menerajui kedudukan keseluruhan, 26 mata mengatasi S. Alif Nazirul S. Ismail dengan 24 mata.

CP115 (15 pusingan)

1. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 14’22.415s
2. Tengku Amirul Haffiruddin (TRG) Yamaha 14’22.629s
3. Md Haiekal Akmal Zakaria (JHR) Yamaha 14’32.285s
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 14’35.099s
5. Md Iqbal Amri Abd Malek (PRK) Yamaha 14’36.478s

KEDUDUKAN KESELURUHAN:

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 45 mata
2. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 41 mata
3. Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha 30 mata
4. Md Haiekal Akmal Zakaria (JHR) Yamaha 25 mata
5. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 18 mata

WIRA (12 pusingan)

1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 12’02.299s
2. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 12’02.358s
3. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 12’05.164s
4. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 12’05.223s
5. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 12’05.233s

KEDUDUKAN KESELURUHAN:

1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 50 mata
2. S. Alif Nazirul S. Ismail (PNG) Yamaha 24 mata
3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 24 mata
4. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 20 mata
5. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) 20 mata

Artikel Berkaitan

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CUB PRIX, CubPrix 2016, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Md Harith Farhan Baharin, Motor, Petronas, Tengku Amirul Haffirudin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my