Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HORSE Powertrain Perkenal HR18 HEV – Gabung Enjin, Motor dan Transmisi dalam Satu Unit!
Auto Terkini

HORSE Powertrain Perkenal HR18 HEV – Gabung Enjin, Motor dan Transmisi dalam Satu Unit!

Abang HirataBy Abang Hirata30/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
DIVISYEN HORSE Powertrain dan peneraju dalam sistem pacuan inovatif serta rendah emisi, HORSE Technologies mengumumkan pelancaran unit pacuan hibrid bersepadu baharu, dinamakan HR18 HEV.

Sebagai makluman, HORSE Powertrain dimiliki Renault Group (45 peratus), Geely (45 peratus) dan Aramco (10 peratus), yang menandakan langkah penting dalam usaha syarikat itu menyediakan penyelesaian mobiliti lebih cekap dan lestari.

Inovasi dari Pusat R&D Global

Logo HORSE Powertrain

HR18 HEV ialah unit pacuan lengkap yang kali pertama direka, dibangunkan, dan dihasilkan sepenuhnya di bawah jenama HORSE Powertrain.

Pembangunan enjin itu adalah hasil kerjasama strategik antara pusat kajian dan pembangunan (R&D) di Romania dan Sepanyol. Bagi proses pengeluaran, unit itu akan dihasilkan di dua lokasi utama:

  • Kilang HORSE Technologies di Bursa, Türkiye
  • Kilang HORSE Technologies di Valladolid, Sepanyol

Sistem pacuan hibrid termaju itu menyatukan teknologi teras daripada portfolio produk HORSE Technologies dalam satu unit kompak dan cekap.

Trenkuasa tersebut menggabungkan enjin pembakaran, motor elektrik, transmisi, dan elektronik kuasa menjadi satu penyelesaian tunggal sebagai pilihan serba boleh untuk pelbagai aplikasi kenderaan.

Enjin Pembakaran HR18: Jantung Sistem Hibrid

Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain

Sempena pengumuman sistem pacuan baharu itu, HORSE Powertrain juga memulakan pengeluaran enjin pembakaran HR18, iaitu enjin 4-silinder suntikan terus (DI) petrol 1.8L yang baru dibangunkan.

Ciri Utama Enjin HR18

Pembangunan enjin HR18 dilakukan di pusat R&D HORSE Technologies di Bucharest, Romania, manakala proses penuangan, pemesinan, dan pemasangan dijalankan di kilang Valladolid dan Bursa.

  • Berat hanya 100kg, yang juga sangat ringan dalam kelas
  • Menghasilkan kuasa hingga 80kW (108ps)
  • Menawarkan tork 172Nm
  • Direka sebagai enjin kitaran Atkinson, khusus untuk kegunaan dalam sistem pacuan hibrid.
  • Serasi campuran bahan api fleksibel (flex fuel) hingga 10 peratus kandungan etanol.
  • Patuh piawaian emisi Euro 6E-BIS dan Euro 7 yang menunjukkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.

Komponen Hibrid Bersepadu

Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain

Sistem pacuan HR18HEV bukan saja bergantung pada enjin pembakaran canggih, tetapi juga menyepadu komponen hibrid lain yang penting:

i. Bateri Litium-Ion BTA Gen2

  • Dibangunkan di pusat R&D Valladolid
  • Berat hanya 36kg
  • Mampu menyimpan tenaga sehingga 1.4kWj
  • Kadar nyah cas puncak 11.6Ah
  • Julat voltan 150-279V
  • Walaupun bentuk kompak (707mm x 422mm x 190mm), ada dua modul 34 sel dengan sistem penyejukan bersepadu.

ii. Transmisi DB45S Tanpa Klac

  • Dihasilkan di Seville, Sepanyol
  • Mampu menghantar tork maksimum 436Nm

iii. Motor HORSE Technologies 5DH

  • Dihasilkan di kilang HORSE Technologies di Aveiro, Portugal.
  • Output kuasa puncak 50kW
  • Tork puncak 212Nm

Solusi Global untuk Mobiliti Lestari

Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain

Trenkuasa HR18 HEV direka sejak awal sebagai penyelesaian global serba boleh dengan menawarkan asas bersepadu dan cekap untuk mobiliti hibrid, HR18 HEV dilihat sebagai penyelesaian:

  • Boleh Diskala: Mudah disesuaikan untuk pelbagai jenis kenderaan
  • Mudah Dilaksana: Memudahkan pengeluar OEM menyepadu dalam model kenderaan mereka

Inisiatif itu bukan saja menyokong usaha syarikat dalam inovasi teknologi automotif, tetapi juga memainkan peranan penting dalam perjalanan penyahkarbonan industri automotif secara keseluruhan.

Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
Trenkuasa hibrid bersepadu Horse Powertrain
DB45S HORSE Horse DB45S Horse HR18 Horse Powertrain Horse Powertrain integrated hybrid powertrain HR18 HR18 HEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.