TEKNOLOGI kenderaan elektrik (EV) hari ini menyaksikan beberapa komponen disatukan sebagai contoh motor elektrik, transmisi dan inverter digabungkan dalam satu unit.
Horse Powertrain, peneraju global baharu dalam sistem pacuan inovatif dan rendah-emisi, telah mendedahkan Konsep Hibrid Masa Depan (Future Hybrid Concept) di Auto Shanghai 2025.
Konsep ini merupakan sistem pacuan hibrid revolusioner yang direka untuk mempercepatkan peralihan industri ke arah sifar bersih (net zero).
Ia menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE), motor elektrik dan transmisi dalam satu unit yang kompak!.
Pacuan Serba Boleh untuk Pasaran Global
Pacuan baharu ini membolehkan pengeluar kereta mengubah platform kenderaan elektrik bateri (BEV) kepada hibrid bagi memenuhi permintaan pelanggan yang berubah, sekaligus mengelakkan keperluan untuk pelbagai platform dan barisan pengeluaran yang berbeza.
- Ringan & Modular: Sesuai dipasang pada platform BEV sedia ada.
- Pemanjang Jarak (range extender): Berfungsi sebagai penambah jarak kepada bateri sedia ada.
- Pacuan Semua Roda (AWD): Transmisi dan aci pacu untuk operasi AWD dalam kedua-dua mod EV dan hibrid selari (parallel).
- Pelbagai Jenis Bahan Api: Gasolin, ethanol flex fuels, metanol tulen dan bahan api sintetik moden.
Pelancaran & Spesifikasi Teknikal
Kenderaan pertama menggunakan teknologi ini dijangka berada di pasaran seawal 2028.
Inovasi Produksi:
- Konsep ini merevolusi pengeluaran pacuan hibrid dengan menyatukan komponen kompleks dalam satu unit kompak.
- Mencapai kecekapan integrasi sistem yang signifikan.
Kecekapan Pengeluaran:
- Mengurangkan keperluan alat khas dan langkah pemasangan unik untuk sistem hibrid.
- Menjimatkan sumber untuk syarikat yang merancang pengeluaran pacuan campuran pada barisan pengeluar yang sama.
RekaBentuk & Pemasangan:
- Saiz kompak dan geometri direka untuk menggantikan unit pacuan elektrik depan BEV.
- Hanya memerlukan pengubahsuaian minima untuk dipasang terus ke subrangka kenderaan.
- Membolehkan OEM menawarkan model hibrid pada platform BEV tanpa perubahan rekabentuk yang besar.
- Juga sesuai untuk platform kenderaan pembakaran tradisional.
Konfigurasi & Ciri Teknikal:
- Dipasang dalam orientasi Timur/Barat (East/West).
- Profil atas 'slimline' dengan bahagian bawah lebih lebar untuk mematuhi piawaian keselamatan dan pelanggaran global.
- Mengandungi komponen penting untuk pacuan hibrid cekap:
- Pengawal (controller)
- Inverter
- Penukar DC/DC (DC/DC converter)
- Pengecas terbina (on-board charger)
- Penggalak pengecasan 800V (800V charging booster) untuk pengecasan pantas.
Sokongan Pelbagai Bahan Api
Konsep ini dilengkapi sistem pencucuhan pra-kebuk (pre-chamber) yang boleh menerima bahan api:
- Gasolin
- E85 ethanol flex fuels (popular di Amerika Selatan)
- M100 metanol (alternatif berkembang pesat di China, India & Afrika)
- Bahan api sintetik
Dibina untuk Masa Depan
Rekaan ini turut mengambil kira:
- Pam haba generasi baharu
- Penggunaan penyejuk R290
Future Hybrid Concept bukan sekadar evolusi ia sebenarnya revolusi dalam dunia pacuan!
Leave a Reply