• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / China Henti Terima Pesawat Boeing

China Henti Terima Pesawat Boeing

April 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHINA mengarahkan syarikat penerbangannya menghentikan penerimaan pesawat Boeing sebagai tindak balas kepada keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif setinggi 145 peratus ke atas barangan China.

Langkah itu memberi tekanan kepada hubungan dagang dua hala hingga menyebabkan saham Boeing merosot 0.5 peratus.

Arahan tersebut memberi impak besar kerana China ialah pasaran utama Boeing. Pada masa sama, industri aeroangkasa global turut terkesan apabila pengeluar pesawat, syarikat penerbangan dan pembekal terpaksa menyemak kontrak bernilai berbilion dolar.

Perdebatan tercetus apabila pembekal AS, Howmet Aerospace, mempersoalkan entiti yang harus menanggung beban tarif tersebut.

Akibat kekeliruan mengenai perubahan tarif, penghantaran pesawat kini berisiko tergendala, dan beberapa peneraju syarikat penerbangan menyatakan lebih rela menangguhkan penghantaran daripada membayar duti import.

Air China, China Eastern Airlines dan China Southern Airlines sebelum ini dijadual menerima puluhan pesawat Boeing antara 2025 hingga 2027.

Selain itu, Beijing turut mengarahkan syarikat penerbangan menghentikan pembelian alat ganti pesawat daripada syarikat AS.

Namun, penganalisis berpendapat kesan jangka pendek terhadap Boeing adalah terhad kerana syarikat itu masih boleh menyalurkan pesawat ke pasaran lain, manakala Airbus pula tidak mampu menampung permintaan China sendirian.

Namun, larangan pembelian komponen AS mampu menjejaskan program pesawat tempatan China, C919. Kerajaan China kini sedang menilai langkah bantuan kepada syarikat penerbangan yang memajak pesawat Boeing dan menanggung kos tambahan akibat tarif berkenaan.

SUMBER: MalaysiaGazette

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aeronautik, Amerika Syarikat (AS), Auto Terkini, China, Pesawat Boeing, Tarif Cukai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev