Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HORSE Powertrain Future Hybrid Concept: Enjin EV Kompak yang Boleh Guna untuk Kenderaan Hibrid
Auto Terkini

HORSE Powertrain Future Hybrid Concept: Enjin EV Kompak yang Boleh Guna untuk Kenderaan Hibrid

Abang HirataBy Abang Hirata20/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI kenderaan elektrik (EV) hari ini menyaksikan beberapa komponen disepadukan, contohnya motor elektrik, transmisi dan inverter digabungkan dalam satu unit.

Peneraju global baharu dalam sistem pacuan inovatif dan rendah-emisi, HORSE Powertrain mendedahkan Konsep Hibrid Masa Depan (Future Hybrid Concept) di Pameran Auto Shanghai 2025, China.

Logo HORSE Powertrain

Konsep itu ialah sistem pacuan hibrid revolusioner yang direka untuk mempercepat peralihan industri ke arah sifar bersih (net zero) dengan menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE), motor elektrik dan transmisi dalam satu unit kompak.

PACUAN SERBA BOLEH UNTUK PASARAN GLOBAL

Sistem pacuan baharu itu membolehkan pengeluar mengubah platform kenderaan elektrik bateri (BEV) kepada hibrid bagi memenuhi permintaan pelanggan yang berubah, sekali gus mengelakkan keperluan pelbagai platform dan barisan pengeluaran berbeza.

Antara kelebihan konsep pacuan tersebut adalah:

  • Ringan dan Modular: Sesuai dipasang pada platform BEV sedia ada.
  • Ekstender Jarak (range extender): Berfungsi sebagai penambah jarak pada bateri sedia ada.
  • Pacuan Semua Roda (AWD): Transmisi dan aci pacu (drive shaft) untuk operasi AWD dalam kedua-dua mod EV dan hibrid selari (parallel).
  • Pelbagai Jenis Bahan Api: Gasolin, etanol fleks , metanol tulen dan bahan api sintetik moden.

PELANCARAN DAN SPESIFIKASI TEKNIKAL

Kenderaan pertama menggunakan teknologi itu dijangka berada di pasaran seawal 2028. Apakah manfaat produk konsep tersebut?

Inovasi Produksi

  • Konsep ini merevolusi pengeluaran pacuan hibrid dengan menyatukan komponen kompleks dalam satu unit kompak, sekali gus mencapai kecekapan integrasi sistem yang signifikan.

Kecekapan Pengeluaran

  • Mengurangkan keperluan alat khas dan langkah pemasangan unik untuk sistem hibrid yang memberikan penjimatan sumber kepada syarikat yang merancang pengeluaran pacuan campuran pada barisan pengeluaran sama.

Rekabentuk dan Pemasangan

  • Saiz kompak dan geometri direka untuk menggantikan unit pacuan elektrik depan BEV.
  • Hanya memerlukan pengubahsuaian minimum untuk dipasang terus ke subfrem kenderaan.
  • Membolehkan OEM menawarkan model hibrid pada platform BEV tanpa perubahan rekabentuk besar.
  • Juga sesuai untuk platform kenderaan pembakaran tradisional.

KONFIGURASI DAN CIRI TEKNIKAL

Berikut konfigurasi dan ciri teknikal yang ada pada produk konsep hibrid masa depan itu:

  • Dipasang dalam orientasi Timur/Barat (East/West).
  • Profil atas ‘slimline’ dengan bahagian bawah lebih lebar untuk mematuhi piawaian keselamatan dan perlanggaran global.
  • Mengandungi komponen penting untuk pacuan hibrid cekap:
    • Pengawal (controller)
    • Inverter
    • Konverter DC/DC
    • Pengecas terbina (on-board charger)
  • Buster pengecasan 800V untuk pengecasan pantas.

SOKONGAN PELBAGAI BAHAN API

Konsep ini juga dilengkapi sistem pencucuhan pra-kebuk (pre-chamber) yang boleh menerima bahan api jenis:

  • Gasolin
  • Etanol fleks E85 (popular di Amerika Selatan)
  • Metanol M100 (alternatif berkembang pesat di China, India dan Afrika)
  • Bahan api sintetik

Dengan binaan untuk masa depan, rekaabentuk konsep turut mengambil kira:

  • Pam haba generasi baharu
  • Penggunaan penyejuk R290

Ya, Future Hybrid Concept bukan sekadar evolusi, tetapi revolusi dalam dunia pacuan!

Future Hybrid Concept HORSE Horse Powertrain Horse Powertrain Future Hybrid Concept Kenderaan Elektrik (EV)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.