Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Winner X Serba Baharu (RS150R) Akan Dipasangkan ABS? Apa Lagi yang Berbeza?
Auto Terkini

Honda Winner X Serba Baharu (RS150R) Akan Dipasangkan ABS? Apa Lagi yang Berbeza?

AryonBy Aryon26/06/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Winner generasi baharu (Malaysia: RS150R) dengan nama Winner X bakal dilancarkan 12 Julai ini yang menurut sumber media Vietnam bakal menggugat dominasi Yamaha Exciter aka Y15ZR. Model Honda baharu ini tampil dengan rekabentuk lebih ramping dan kompak.

Selepas pelbagai spekulasi berlegar, imej pertama Winner X akhirnya didedahkan di media sosial dengan mendapat pujian ramai peminat super moped di negara jiran itu yang juga merupakan kubu kuat pasaran kapcai di Asean selain Malaysia.

Apakah pembaharuan Winner X baharu berbanding Winner? Jom kita lihat 5 pembaharuan yang akan diperkenalkan Honda pada super moped ini:

1. LAMPU DEPAN DIREKA BAHARU

Ini ialah perbezaan paling ketara Winner X yang mana rupa depan direkabentuk semula sepenuhnya. Posisi lampu utama dialihkan ke bawah fasia depan dengan ciri dwi lampu. Ruang kosong ditinggal panel kepala hendal memberikan kebebasan kepada pereka Honda untuk menghasilkan rekabentuk lebih bersegi dan slik dengan mengambil ilham model skuter Vario dan Air Blade.

Kelemahannya, suluhan lampu tidak lagi fleksibel berbanding lampu yang diposisikan pada panel kepala. Paling penting model Honda kali ini bebas daripada masalah ‘hilang kepala’ seperti ditakuti pemilik Y15ZR V2. Lampu dilihat masih mentol halogen berbanding Y15ZR dengan mentol LED.

2. SIGNAL BELOK DEPAN

Signal belok depan Winner X tidak lagi di panel depan, tetapi meniru rekabentuk CBR150R, tersembul keluar (capang?) dari fairing sisi. Sebenarnya nampak sporty, tetapi agak kurang digemari peminat kapcai di Malaysia. Lebih-lebih lagi selepas memikirkan risiko patah sekiranya terjatuh atau dilanggar, atau terkulai layu disebabkan masalah kualiti.

3. PANEL METER BAHARU

Panel Meter Honda CBR150R
Panel Meter Honda Vario

Kombinasi paparan digital dan analog yang ada pada Winner sekarang tidak lagi diteruskan untuk Winner X. Sebaliknya Winner X akan dibekalkan panel digital penuh moden seperti CBR150R. Mungkin juga seperti Vario.

4. SISTEM BREK ABS

Winner X masih menggunakan rim sama seperti model sekarang. Bagaimanapun, brek cakera kini lebih kecil dan khabarnya sengaja dikecilkan untuk memberikan laluan kepada ciri yang bakal menggoncangkan iman peminat kapcai semalaysia. Itulah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)! Jika benar, peminat Yamaha, termasuk Yamaha sendiri sepatutnya sudah rasa susah hati dan menginsafi diri.

5.  PEG KAKI DEPAN ALA SPORTBIKE

Berbanding model sedia ada, peg kaki Winner X kini dianjak sedikit ke belakang untuk memberikan ergonomik tunggang lebih ke depan ala sportbike gitu. Ini bermakna Honda perlu mengubah suai gaya pelana supaya sesuai sepadan dengan postur tunggangan seperti itu dan diharapkan tidaklah begitu menyeksakan jiwa dan raga pemiliknya.

6. REKABENTUK LAMPU BELAKANG

Bahagian belakang Winner X paling menonjol ialah paip ekzos besar. Rekabentuk belakang dilihat mirip CBR150R, signal belok disepadukan di bawah madgad untuk penampilan lebih kompak.

Secara keseluruhan, rekabentuk Winner X kali ni lebih sporty berbanding model generasi pertama. Atas jalan, semestinya model ini akan berentap kuat dengan Exciter, termasuk pesaing super kapcai lain yang tidak kurang hebat seperti SYM VF3i dan Benelli RFS150i.

Namun sasaran paling utama semestinya mahu menumpaskan dominasi Exciter. Adakah tambahan ciri ABS, dengan enjin berkuasa mampu mengubah lanskap super moped sedia ada, khususnya Malaysia?

Auto Terkini Honda Winner Honda Winner X Kapcai Moped roda2 Super Kapcai super moped underbone Yamaha Exciter 150 Yamaha Y15ZR V2
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026

1 Comment

  1. Safwan on 17/07/2019 18:23

    When did this model launch at malaysia

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.