Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Vision 110 2025 – Skuter Minimalis Ini Sudah Terjual Lebih 105k Unit di Eropah
Roda2

Honda Vision 110 2025 – Skuter Minimalis Ini Sudah Terjual Lebih 105k Unit di Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata12/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SKUTER di pasaran tempatan memang menarik dan mengancam hingga rupa depan skuter 125cc pun diilhamkan daripada model sportbike.

Di sebalik rekabentuk begitu, masih ada ruang untuk skuter ringkas dan bersahaja. Contohnya Honda Vision 110 2025 ini. Walaupun berada di pasaran kompetitif, skuter itu sudah terjual lebih 105,000 unit sejak diperkenalkan di Eropah pada 2011.

Sepanyol, Britain dan Itali ialah tiga pasaran utama Honda Vision 110 2025. Di Vietnam dan Jepun, Vision dikenali sebagai Honda Dio.

Honda menaik taraf Vision edisi 2025 dengan enjin patuh Euro5+, soket pengecas USB Type-C dan pilihan warna baharu.

Enjin petrol 110cc menghasilkan output kuasa 8.7ps (8.5hp) dan tork 9Nm, sama seperti Dio 110 2025 di Jepun. Untuk Euro5+, Honda membuat beberapa perubahan seperti penambahan sensor O2, penukar bermangkin dan kemas kini unit kawalan elektronik (ECU).

Walaupun ringkas, Vision masih dilengkapi sistem henti-lahu (ISS).

Dua warna baharu ditawarkan iaitu Pearl Snowflake White (putih) dan Candy Luster Red (merah). Selain rekabentuk ringkas, Vision juga hadir tanpa grafik berwarna-warni dan tampak lebih kemas begini.

Ciri Utama Honda Vision 110 2025

  • Enjin eSP (Enhanced Smart Power) yang cekap bahan api dengan teknologi ISS
  • Casis eSAF (Enhanced Smart Architecture Frame) yang ringan.
  • Lantai rata, panel meter LCD, kunci pintar.
  • Ruang simpanan bawah pelana 17.7 liter.
  • Berat 100kg.
  • Sistem Brek Kombi (CBS) dengan brek cakera 220mm di depan, dan brek dram 130mm (belakang).
  • Pilihan aksesori kotak barang Honda 35 liter.

Spesifikasi Honda Vision 110 2025

  • Dijana enjin petrol 109cc SOHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api PGM-FI.
  • Output kuasa 8.7ps @ 7,500rpm, dan tork 9.0Nm @ 5,750rpm.
  • Kelajuan maksimum 89kmj.
  • Penjimatan bahan api 52.6km per liter (1.8 liter per 100km, WMTC).
  • Kapasiti tangki petrol 4.9 liter (~255km jarak perjalanan).
  • Dimensi panjang 1,925mm, lebar 686mm, dan tinggi 1,125mm, manakala jarak roda 1,280mm.
  • Tinggi pelana 785mm.
  • Jarak tinggi bumi 175mm.
  • Sistem suspensi fork teleskopik 31mm di depan, dan swingarm (belakang).
  • Sistem brek cakera 220mm dengan CBS di depan, dan brek dram 130mm (belakang).
  • Tayar 80/90 16 di depan, dan 90/90 14 (belakang).
  • Panel meter LCD dengan spidometer analog.
  • Ada port pengecas USB Type-C.
  • Ada empat pilihan warna: Pearl Snowflake White (baharu), Candy Luster Red (Baharu), Pearl Jupiter Gray (kelabu, foto atas kiri), dan Matt Galaxy Black Metallic (hitam, foto atas kanan).
  • Di Britain, skuter Honda Vision 110 2025 dijual pada harga £2,849 (RM15,820)
Honda Honda Dio Honda Dio 110 Honda Vision Honda Vision 110 roda2 Skuter 110cc Skuter Bajet
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.