Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda UC3, skuter EV 122km Kini di Thailand dan Vietnam, sekitar RM17 ribu!
Roda2

Honda UC3, skuter EV 122km Kini di Thailand dan Vietnam, sekitar RM17 ribu!

Abang HirataBy Abang Hirata15/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASARAN tempatan sudah dibanjiri pelbagai kereta penumpang elektrik (EV) namun masih ada yang perlu diberi perhatian iaitu motosikal elektrik.

Meskipun pengguna mempunyai banyak pilihan motosikal EV dari China termasuk jenama tempatan Modenas, pengeluar Jepun masih lagi berdiam diri.

Lain pula di negara jiran dengan terbaru Honda bakal memulakan jualan bagi model elektrik Honda UC3 bermula musim bunga tahun ini (Mac hingga Mei) di pasaran Thailand dan Vietnam.

Honda mempunyai sejumlah motosikal EV dan di Indonesia ditawarkan tiga model iaitu ICON e:, EMI1 e: dan CUV e:.

UC3 sebagai motosikal komuter dikategorikan dalam kelas yang setara dengan model enjin pembakaran dalaman 110cc.

Bukan sahaja menjual motosikal, pelancaran ini turut disokong pembangunan infrastruktur pengecasan yang meluas di bandar-bandar utama kedua-dua negara berkenaan bagi memudahkan pengguna.

Konsep Rakan Kehidupan Bandar Pintar

Pembangunan UC3 berteraskan konsep Intelligent Urban Life Partner yang bertujuan memberikan nilai baharu kepada kenderaan elektrik tanpa mengabaikan aspek kualiti dan keselamatan yang telah lama menjadi identiti Honda.

Model ini merupakan produk pertama yang membawa janji jenama global baharu Honda untuk perniagaan motosikal elektrik iaitu Expected life Unexpected discoveries.

Dari segi estetika, UC3 menampilkan reka bentuk yang unik dengan ciri-ciri berikut:

  • Rekaan lengkung dari bahagian hadapan hingga ke bahagian ekor yang berbentuk gerbang.
  • Lampu signatur jenis mendatar yang pertama kali digunakan pada model Honda WN7.
  • Skema warna badan hitam dominan dengan gabungan komponen aksen emas.
  • Penggunaan fon Honda yang baru dibangunkan khusus untuk rangkaian motosikal elektrik.

Rangkaian Kuasa dan Prestasi

Honda UC3 dibekalkan sistem unit kuasa yang cekap bagi memenuhi keperluan mobiliti urban. Berbeza daripada model EV Honda lain, UC3 menggunakan bateri jenis tetap dan bukan boleh tanggal.

  • Output Maksimum: 8.0 hp.
  • Jenis Bateri: Litium Besi Fosfat (LFP) jenis tetap yang pertama daripada Honda.
  • Jarak Gerak: 122 km bagi setiap pengecasan penuh mengikut Mod WMTC 1.
  • Sistem Motor: Motor sisi roda yang dibangunkan dan dihasilkan sendiri oleh Honda.
  • Mod Tunggangan: Pilihan mod Standard, Sport dan Econ mengikut kesesuaian penunggang.
  • Mod Mengundur: Sistem bantuan untuk memudahkan pengendalian semasa parkir atau gerakan ke belakang.

Infrastruktur Pengecasan

Selari dengan pelancaran motosikal ini, Honda sedang memperluas rangkaian pengecasan CHAdeMO untuk dua roda di lokasi strategik.

Di Thailand, stesen pengecasan akan ditambah di pusat pengedar Honda serta pusat beli-belah di sekitar Bangkok.

Di Vietnam pula, pemasangan stesen pengecasan di pengedar utama di Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Jun 2026.

  • Standard Pengecasan: Menggunakan CHAdeMO untuk dua roda berdasarkan spesifikasi antarabangsa.
  • Pilihan Pengecas: Tersedia dalam unit 1,200W dan 450W untuk persekitaran berbeza.
  • Masa Pengecasan (1,200W): 0 ke 100 peratus dalam masa kira-kira 4 jam manakala 20 ke 80 peratus dalam masa 2 jam.
  • Masa Pengecasan (450W): 0 ke 100 peratus dalam masa kira-kira 9 jam manakala 20 ke 80 peratus dalam masa 5 jam.

Pengeluaran dan Perancangan Masa Hadapan

Pengeluaran UC3 telah dimulakan pada Disember 2025 di kilang Thai Honda Co., Ltd. sebagai hab pembekalan untuk pasaran Thailand dan Vietnam.

Menjelang akhir 2026, Honda merancang untuk memulakan pengeluaran tempatan di Vietnam bagi memenuhi permintaan pasaran elektrik yang semakin berkembang pesat di sana.

Harga

Untuk pasaran Thailand, Honda UC3 ditawarkan pada harga ฿132,600 atau kira-kira RM17,052 mengikut kadar pertukaran semasa.

Nilai tersebut merupakan harga bersih selepas mengambil kira penolakan subsidi EV 3.5 di negara berkenaan.

Spesifikasi Teknikal Honda UC3

  • Output Maksimum: 8.0 hp
  • Jenis Bateri: Litium Besi Fosfat (LFP) jenis tetap
  • Jarak Gerak: 122 km bagi setiap pengecasan (Mod WMTC 1)
  • Standard Pengecasan: CHAdeMO untuk dua roda
  • Masa Pengecasan 1,200W: 0 ke 100 peratus 4 jam / 20 ke 80 peratus 2 jam
  • Masa Pengecasan 450W: 0 ke 100 peratus 9 jam / 20 ke 80 peratus 5 jam
  • Sistem Motor: Motor sisi roda buatan sendiri
EV Honda Honda UC3
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
HEV

Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.