Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda SH125i (2020) – Kini dengan Ekstra Storan, Prestasi Dipertingkat!
Roda2

Honda SH125i (2020) – Kini dengan Ekstra Storan, Prestasi Dipertingkat!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DENGAN angka jualan 19,000 unit sepanjang 2018 di Eropah, Honda menaik taraf model skuter SH125i untuk 2020 dengan menambah baik aspek prestasi dan praktikaliti, termasuk menjadikan ciri kawalan tork HSTC sebagai standard.

Sudah berada dalam barisan model Honda sejak 2005, SH125i baharu kali ini didatangkan dalam varian standard tanpa aksesori dan dengan tambahan kotak storan atas (top box), gad tangan dan visor angin. Ia juga boleh didapati dalam empat pilihan warna: Pearl Cool White (putih), Pearl Nightstar Black (hitam), Timeless Grey Metallic (kelabu) dan Pearl Splendor Red (merah).

BACA >>> Honda Vario vs Yamaha NVX: Perbandingan Awal Skuter Sporty 150cc

Setiap varian dikuasakan enjin 4-injap 124.5cc SOHC penyejukan cecair PGM-FI yang patuh Euro5, dan dilengkapi pengecas USB,  sistem henti-mula untuk penjimatan bahan api dan ciri HSTC yang membantu mengelak roda belakang menggelincir dalam situasi jalan raya teruk.

Selain menawarkan penjimatan bahan api lebih baik, enjin baharu SH125i ini turut menjanjikan peningkatan prestasi dengan janaa kuasa 12.3hp @ 8,250rpm, iaitu 0.4hp lebih berkuasa berbanding model 2-injap di pasaran, pada rev 250rpm lebih rendah. Tork pula dapat dicapai 500rpm lebih rendah berbanding model terdahulu pada 6,500rpm. Bagaimanapun, angka tork menurun sekitar 0.01Nm.

Menyokong unit enjin baharu ialah frem keluli tubular. Selain mengurangkan 400g berat jentera, ia juga membolehkan Honda mendapatkan tambahan 10 liter ruang storan bawah pelana dengan mengubah tangki minyak dari bawah pelana pembonceng ke bahagian kaki penunggang.

Geometri juga diubah, iaitu 13mm lebih panjang dengan panjang keseluruhan 1,353mm, manakala tinggi pelana kekal sama pada 799mm.

Sistem brek dilengkapi brek cakera ABS, dengan kaliper 3-piston di depan dan kaliper 1-piston di belakang yang mencengkam cakera tunggal 240mm. Rim 16 inci dibalut set tayar tiubles Michelin City Grip dengan absorber belakang jenis prabeban boleh laras 5 tahap.

BACA >>> Skuter Comel Honda Genio Lancar di Indonesia, Harga Bermula RM5K Sahaja

GALERI

SUMBER: MCN

Auto Terkini Honda Honda EU Honda SH125i Moped roda2 skuter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.