BOON Siew Honda (BSH) membuka tirai 2024 dengan memperkenalkan empat warna baharu untuk model Honda RS-X, yang kini ada 10 jenis warna pilihan.
Empat warna pilihan baharu itu itu ialah Mat Charcoal Gray Metallic (kelabu), Candy Scintillate Red (merah), Force Silver Metallic (perak merah) dan Force Silver Metallic (perak biru).
Pilihan 10 warna Honda RS-X mungkin pilihan warna paling banyak pernah ditawarkan BSH pada satu-satu model kapcai setakat ini. Berdasarkan maklumat, BSH buat masa ini belum ada rancangan menamatkan tawaran warna lama.
HARGA
- Mat Charcoal Gray Metallic dengan rim emas: RM9,848
- Candy Scintillate Red dan Force Silver Metallic dengan rim hitam: RM9,798
* Harga disyorkan, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
BILA MASUK PASARAN?
- Mat Charcoal Gray Metallic boleh didapati bermula hari ini di semua pengedar sah BSH seluruh negara.
- Candy Scintillate Red dan dua seragam Force Silver Metallic boleh didapati bermula 18 Januari nanti.
BSH menawarkan waranti pengilang selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).
SERAGAM LAMA
HARGA RS-X SERAGAM LAMA NAIK
- Trico White Edition (2023): RM9,848 (sebelum ini RM9,748)
- Radiate Grey Metallic (2023): RM9,798 (sebelum ini RM9,698)
- Lemon Ice Yellow (2023): RM9,798 (sebelum ini RM9,698)
- Candy Caribbean Blue (2023): RM9,798 (sebelum ini RM9,698)
- Trico Edition (2023): RM9,848 (sebelum ini RM9,748)
- Repsol Edition (2022): RM10,098 (sebelum ini RM9,948)
Leave a Reply