Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda NX400 2024 Masuk Jepun, Harga RM28.3k!
Roda2

Honda NX400 2024 Masuk Jepun, Harga RM28.3k!

Abang HirataBy Abang Hirata11/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA November 2023, Honda memperkenalkan model baharu NX500 di Milan, Itali sebagai pengganti CB500X yang berada di pasaran sejak 2013.

Jika NX500 untuk pasaran antarabangsa, pengguna di Jepun pula menerima Honda NX400 2024 bagi menggantikan 400X yang akan diedarkan pada 18 April 2024. Sama seperti Malaysia, Jepun mengamalkan tahap lesen berbeza mengikut kapasiti dan kuasa motosikal.

Lesen motosikal di Jepun dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:

  • Moped (50cc ke bawah)
  • Kecil (lebih 50cc-125cc)
  • Standard (lebih 50cc-400cc)
  • Berat (lebih 400cc)

Tawaran motosikal 400cc di Jepun boleh dijejaki puluhan tahun lalu apabila banyak pengeluar dua roda mahu memenuhi peraturan percukaian untuk enjin 400cc dan ke bawah.

Berikut apa perlu anda tahu mengenai Honda NX400 2024:

  • Dari segi rekabentuk, sama seperti CB500X, model ini menerima badan baharu sepenuhnya dengan membawa imej segar menerui fairing depan vertikal yang menonjolkan gaya kembara.
  • Secara keseluruhan, Honda NX400 2024 seperti meminta untuk dipasang kotak tepi, bar pelindung dan lampu sorot.
  • Dilengkapi panel meter TFT berwarna saiz 5 inci dengan paparan multi-info yang mudah dibaca. Tunggangan laluan licin dibantu ciri kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC).
  • Juga dilengkapi ciri Honda RoadSync untuk memainkan aplikasi seperti muzik dan navigasi menerusi suis hendal atau arahan suara melalui set kepala.
  • Terdapat dua warna ditawarkan: Pearl Glare White (putih) dan Matte Ballistic Black Metallic (hitam).

Spesifikasi Honda NX400 2024

  • Dijana enjin NC65E 2-silinder sebaris 399cc
  • Output kuasa 46ps (34kW) @ 9,000 rpm, dan tork 38Nm @ 7,500rpm
  • Dimensi panjang 2,150mm, lebar 830mm, dan tinggi 1,390mm
  • Jarak tinggi bumi 150mm
  • Tinggi pelana 800mm
  • Berat 196kg
  • Saiz tayar 110/80R19M/C 59H (depan), dan 160/60R17M/C 69H (belakang)

Honda mensasarkan jualan 1,000 unit Honda NX400 2024 setahun di Jepun yang ditawarkan pada harga 891,000 yen (RM28,320).

Honda Honda CB500X Honda NX400 Honda NX400 2024 Honda NX500 roda2
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Honda Insight EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2027 Kembali, Kini Sebagai SUV EV

08/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.