Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Tiada Rancangan Perkenal Accord Generasi Baharu
Auto Terkini

Honda Malaysia Tiada Rancangan Perkenal Accord Generasi Baharu

ShawkathBy Shawkath14/08/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia tiada rancangan memperkenalkan generasi baharu Honda Accord ke pasaran tempatan kerana jumlah jualan sedan segmen-D itu kini semakin mengecil.

Pengumuman mengenai keputusan itu dibuat Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura ketika berucap pada majlis pelancaran Honda City (2023) baharu versi dipertingkat (facelift).

Penurunan sambutan itu ada kaitan dengan trend pengguna masa kini yang cenderung membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) dan juga segmen sedan lain seperti B dan C.

Senario itu juga dapat dilihat jelas apabila kebanyakan pengeluar kenderaan sama ada jenama nasional, Jepun, Korea Selatan atau Eropah lebih aktif memperkenal model SUV ke pasaran tempatan.

Jika berminat memiliki sedan segmen-D, pilihan jenama ‘H’ yang ada ialah Honda Accord generasi ke-10 yang diperkenal pada 2020.

Buat masa ini, pengguna ada dua varian pilihan Honda Accord, iaitu 1.5 TC dan 1.5 TC-P, yang mana kedua-dua varian ialah model pemasangan tempatan (CKD) yang dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L VTEC dengan suntikan bahan api berkuasa 198hp @ 5,500rpm dan tork 260Nm @1,600‑5,000rpm, manakala transmisi automatik CVT.

Harga Honda Accord 1.5 TC ialah RM187,400, manakala varian 1.5 TC-P berharga RM197,400. Harga adalah tidak termasuk insurans.

Auto Terkini Hironobu Yoshimura Honda Accord Honda Malaysia Sedan Mid-Size sedan saiz pertengahan sedan segmen-D
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Bugatti F.K.P. Hommage, Karya Seni Rai Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch, Tokoh di Sebalik Veyron

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20 Bermula Esok

22/01/2026
Auto Terkini

LEPAS Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Sasar Debut Pasaran Separuh Pertama 2026

22/01/2026
Volvo EX60 Cross Country 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX60 Cross Country 2027 Diperkenal, Posisi Pandu Lebih Tinggi!

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.