• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Tambah Pusat Baik Pulih Badan dan Semburan Cat

Honda Malaysia Tambah Pusat Baik Pulih Badan dan Semburan Cat

November 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM usaha meningkatkan pengalaman pelanggan, Honda Malaysia meluaskan pusat baik pulih badan dan semburan cat (Body & Paint) di premis jualan wakil pengedar itu.

Tahun ini, sebanyak enam pusat Body & Paint dibuka yang sudah memulakan operasi, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 28 unit.

Penambahan pusat Body & Paint itu seiring hala tuju Honda Malaysia yang mahu memberikan kemudahan kepada pelanggan dengan memenuhi kepelbagaian keperluan di satu hab perkhidmatan.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urursan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, Honda Malaysia berusaha menawarkan lebih banyak kemudahan selepas jualan kepada pelanggan dengan meluaskan pusat Body & Paint.

"Penambahan pusat Body & Paint akan membantu Honda Malaysia memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan menawarkan servis selepas jualan kepada pelanggan berkualiti tinggi seperti juruteknik mahir dan persekitaran kondusif," katanya.

Pusat Sehenti BP Honda_2
Pusat Sehenti BP Honda_3
Pusat Sehenti BP Honda_1

Selain itu, pusat Body & Paint itu juga disokong penggunaan produk berkualiti seperti cat bawaan air, produk hijau dan alat ganti tulen Honda yang disahkan Honda Motor Co Ltd.

Honda Malaysia mengekalkan pertumbuhan jualan konsisten sejak 5 tahun lalu yang menyaksikan peningkatan purata 30 peratus dari 2014 hingga 2018. Sehingga Oktober 2019, Honda Malaysia mencatatkan lebih 36,000 perkhidmatan Body & Paint, meningkat 40 peratus  dalam tempoh sama tahun lalu.

BACA >>> 9 Pemenang Dapat Kereta Percuma Sempena Rai Jualan 900,000 Unit Honda Malaysia

Hab Body & Paint  menawarkan khidmat bantuan kepada pelanggan membabitkan pemeriksaan, baik pulih kenderaan yang mengalami kemalangan, semburan cat, pemeriksaan kualiti selepas penyelenggaraan dan lain-lain.

Artikel Berkaitan

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Malaysia, Perkhidmatan Selepas Jualan, Pusat Sehenti BP Honda, servis selepas jualan, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
    EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
  • Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
    Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
  • Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
    Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
  • Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
    Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my