Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
Auto Terkini

Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Han OthmanBy Han Othman21/11/20252 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Malaysia 25th Anniversary 2025

BAYANGKAN anda datang ke bilik pameran sah Honda semata-mata untuk uji pandu model yang sudah lama berada dalam radar, dan tanpa disangka, nama diumumkan sebagai salah seorang daripada enam pemenang kereta Honda baru*.

Ya, itulah istimewa kempen tahun ini, bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin bawa pulang kereta Honda baru!

Sempena meraikan 25 tahun Honda Malaysia, pelanggan kini berpeluang menikmati pelbagai tawaran eksklusif termasuk cabutan bertuah, rebat khas dan pelan pembiayaan istimewa yang berlangsung hingga 31 Disember 2025.

Kempen 25th Anniversary Honda Malaysia: Mudah Saja untuk Sertai

Aniversari Honda Malaysia ke-25 tahun

Honda Malaysia melancarkan kempen penghargaan terbesar tahun ini sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong jenama itu sejak 2001. Cara penyertaan sangat ringkas dan mudah seperti di bawah:

  1. Uji pandu mana-mana model Honda – Layak 1 [SATU] penyertaan cabutan bertuah
  2. Buat tempahan dan beli kereta Honda – Layak 8 [LAPAN] penyertaan sekali gus

Hadiah keseluruhan bernilai hingga RM1 juta*, terdiri daripada:

  • 6 unit kereta Honda baru*
  • Pelbagai hadiah eksklusif untuk pemenang bulanan
  • Pemilihan dilakukan Honda Malaysia (HMSB) secara rasmi

Jadi datanglah ke bilik pameran, dan pandu uji yang mana penyertaan anda akan direkodkan secara automatik.

Year-End Bonanza 2025: Ganjaran hingga RM17,000*

Aniversari Honda Malaysia ke-25 tahun

Selain cabutan bertuah, Honda turut menawarkan promosi akhir tahun kompetitif dalam kempen Year-End Bonanza yang berlangsung sepanjang November hingga Disember 2025.

Kategori pembeli yang layak menerima ganjaran:

  1. Penjawat Awam / Kakitangan GLC / pasangan & anak – Rebat tambahan sehingga RM9,500*
  2. Pemilik Honda sedia ada & ahli keluarga terdekat – Ganjaran sehingga RM17,000*
  3. Pemilik Proton dan Perodua yang membuat tukar beli (trade-in) atau beralih kepada Honda – Ganjaran tambahan hingga RM9,500*

Promosi hanya sah hingga 31 Disember 2025. Selepas tarikh tersebut, semua ganjaran akan tamat.

Step-Up Financing: Bayaran Bulanan Rendah Bermula RM478*

Bagi pelanggan yang mahukan komitmen bayaran lebih fleksibel pada tahun pertama, Honda menawarkan Program Step-Up Financing dengan kadar bulanan berpatutan melalui Public Bank dan Maybank.

Berikut jadual ansuran bulanan untuk tahun pertama:

Step-Up Financing (Tahun Pertama)

Model Public Bank (RM) Maybank (RM)
WR-V 488* 478*
City 488* 478*
City 5D (Hatchback) 488* 478*
HR-V Baharu 788* 478*
Civic 888* 778*
CR-V 988* 878*

*Nota: Kadar bulanan adalah anggaran dan tertakluk kelayakan kredit dan polisi bank masing-masing

Sorotan Model dengan Pelan Bulanan Istimewa

Aniversari Honda Malaysia ke-25 tahun

i. Honda City, City Hatchback dan WR-V – Bermula RM478*

Pilihan ideal untuk graduan baharu, pembeli muda atau pengguna yang mahukan kos penyelenggaraan rendah dengan nilai pemilikan terbaik.

ii. Honda HR-V Baharu – Serendah RM478*

Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B serba lengkap yang tampil sporty, praktikal dan kekal antara model paling laris Honda Malaysia.

iii. Honda Civic – Bermula RM778*

Sedan sporty dengan karakter premium, prestasi mantap dan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan.

iv. Honda CR-V – Bermula RM878*

SUV famili segmen-C yang menawarkan keselesaan maksimum, ruang luas dan teknologi keselamatan Honda SENSING termaju.

Peluang Terhad: Dua Bulan Terakhir untuk Menang Honda Baharu*

Ya, semua peluang dalam kempen akhir tahun kali ini menawarkan:

  • Cabutan bertuah bernilai sehingga RM1 juta*
  • 6 kereta Honda baru* untuk dimenangi
  • Ganjaran sehingga RM17,000*
  • Step-Up Financing serendah RM478*

Jadi sememangnya inilah masa paling sesuai untuk memiliki Honda baharu. Kunjungi bilik pameran sah Honda berhampiran hari ini dengan uji pandu, dan rebut ganjaran, kerana anda mungkin salah seorang pemenang bertuah tahun ini. *Tertakluk terma dan syarat.

25 tahun Honda Malaysia 25th Anniversary Honda Malaysia Auto Terkini Honda Honda Malaysia Kempen Akhit Tahun Honda Malaysia 2025
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

23/02/2026
Wanita maut dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak | Foto NST
Auto Terkini

Wanita Maut dalam Kereta di Stesen Minyak Paya Terubong

23/02/2026
Auto Terkini

Tune Talk, BHPetrol Lancar Kempen Epik+ Setahun – SIM Percuma, Baucar Minyak Ditawarkan

23/02/2026
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

23/02/2026

2 Comments

  1. Mohammad faisal Faisal Mohd Amin on 25/11/2025 23:43

    How to join the contest. Any honda dealer at kepong

    Reply
  2. MUZAFAR SHAH BIN MUSTAFFA on 28/11/2025 23:22

    Terbaikkkkkk..buat Honda..you are the best .
    ..Homestay is the best policy for you❤️🔥👍

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.