Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
Roda2

Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata08/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Forza 125 2026 EU

SKUTER bergaya seperti Honda Forza dengan enjin 125cc rasa janggal di pasaran tempatan. Maklumlah, skuter dengan potongan badan begini nampak lebih elok jika menggunakan enjin 150cc dan ke atas. Walaupun sesaran kecil, jualan Forza dalam tempoh 10 tahun di Eropah sehingga September 2025 sudah pun melebihi 140,000 unit.

Bagi model 2026, Honda menumpukan kepada pembaharuan visual melalui pengenalan skema warna baharu menarik.

Warna, Edisi Khas Baharu 2026

Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU | Special Edition

Berikut adalah pilihan warna Honda Forza 125 2026:

  • Pearl Cool White (putih, warna baharu)
  • Mat Cynos Gray Metallic (kelabu)
  • Pearl Falcon Gray (kelabu cerah)
  • Mat Pearl Pacific Blue (biru)
  • Special Edition (edisi khas) – Pearl Nightstar (baharu), yang ditampilkan eksklusif dengan rim gangsa dan grafik khas

Trenkuasa

Honda Forza 125 2026 dijana enjin 125cc SOHC eSP+ penyejukan cecair dengan output kuasa 14.55hp @ 8,750rpm dan tork 12.3Nm @ 6,500rpm

Enjin itu menggunakan teknologi geseran rendah Honda, termasuk silinder ofset dan suntikan bahan api PGM-FI, untuk mencapai penggunaan bahan api efisien sekitar 41.7km per liter (mod WMTC). Jarak tunggangan hampir 500km dengan kapasiti tangki petrol 11.7 liter, manakala kelajuan maksimum 108kmj.

Forza 125 turut dilengkapi kawalan tork boleh pilih HSTC untuk cengkaman tayar belakang optimum, dan sistem henti lahu Idling Stop untuk tunggangan efisien dalam bandar.

Ciri-ciri Peralatan

Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU | Special Edition

Honda Forza 125 2026 meneruskan ciri premium yang sudah sedia diperkenalkan pada model terdahulu.

1. Kokpit, Konektiviti (Diperkenalkan Sejak Model 2025)

  • Panel meter TFT warna penuh 5 inci dengan pelekat optik untuk mengurangkan silau
  • Menawarkan konektiviti telefon pintar melalui Honda RoadSync (untuk peranti iOS / Android)
  • Sistem dikendalikan melalui suis berlampu latar empat-hala di hendal kiri

2. Visor Angin Elektrik

  • Dilengkapi visor angin boleh laras elektrik hingga 180mm untuk keseimbangan antara perlindungan angin pada kelajuan tinggi dan kebebasan pergerakan di bandar

3. Kemudahan, Simpanan

  • Dilengkapi port USB Type-C dalam ruang sarung tangan depan berkunci
  • Ruang simpanan berlampu bawah pelana boleh memuatkan dua helmet muka penuh
  • Sistem kunci pintar Honda Smart Key mengawal suis penghidup, kunci ruang simpanan dan juga kotak atas (top box) pintar 45 liter (opsyen)

4. Keselamatan

  • Tersedia fungsi Signal Henti Kecemasan (ESS) sebagai amaran kepada kenderaan belakang ketika membrek kecemasan

Casis dan Pengendalian

Logo Honda Motorcycle

Struktur Honda Forza 125 2026 dibina berasaskan frem keluli tiub (tubular steel frame) untuk memberikan ketegaran dan pengendalian tangkas.

  • Dimensi panjang 2,145mm, lebar 754mm, dan tinggi 1,350mm, serta jarak roda 1,510mm
  • Tinggi pelana 780mm
  • Berat kerb 164kg
  • Radius pusingan 2.3 meter
  • Sistem suspensi fork teleskopik 33mm dengan jarak travel 89mm (depan), dan dwi-absorber boleh laras prabeban 5-tetapan, dengan jarak travel 101mm (belakang)
  • Sistem brek cakera tunggal 256mm dengan kaliper 2-piston (depan), dan brek cakera tunggal 240mm dengan kaliper piston tunggal (belakang)
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai standard
  • Rim aluminium tuang 15 inci (depan), dan 14 inci (belakang) dengan  tayar 120/70-15MC 56P (depan), dan 140/70-14MC 68P (belakang)

Pilihan Aksesori Honda Tulen

Honda EU turut menawarkan pelbagai aksesori tulen, seperti Style Pack, Urban Pack dan pelbagai lagj seperti:

  • Style Pack: Panel lantai,  pelana selesa (comfy seat), penyandar pembonceng
  • Urban Pack: Pemanas grip, penggera keselamatan (buzzer)
  • Aksesori lain: Kotak atas (top box) pintar 45 liter, top box 35 liter, beg dalaman top box, rak (carrier) belakang
Honda Forza 125 2026 EU | Special Edition
Honda Forza 125 2026 EU | Special Edition
Honda Forza 125 2026 EU | Special Edition
Honda Forza 125 2026 EU | Special Edition
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Forza 125 2026 EU
Honda Honda EU Honda Forza Honda Forza 125 roda2 skuter Skuter 125cc
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
    Auto Terkini

    Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

    09/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.