Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Filipina Lancar Skuter Click 125i dan Click 150i
Roda2

Honda Filipina Lancar Skuter Click 125i dan Click 150i

AryonBy Aryon27/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Filipina memperkenalkan dua model skuter serba baharu untuk pasaran motosikal negara itu, Click 125i dan Click 150i dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Bandar Pasay, Metro Manila. Kehadiran skuter baharu itu dijangka merancakkan lagi segmen skuter automatik Filipina, terutama penunggang bandar yang mahukan jentera mudah dikendalikan dan jimat minyak.

BACA >>> Honda Vario 150 Kini di Malaysia, Harga Bermula RM7,199 – Mampukah Cabar Yamaha NVX 155?

Apakah perbezaan antara Click 125i dan Click 150i? Di Malaysia, Honda Click dikenali sebagai Vario yang baru saja dilancarkan di Malaysia, bulan lalu. Walaupun cuma versi 150 diperkenalkan, tetapi 4 pilihan warna dan grafik Vario jauh lebih menarik berbanding Click 150i yang agak mendatar.

CLICK 125i

Click 125i baharu menampilkan rekabentuk sporty dengan dilengkapkan sistem pencahayaan LED penuh untuk lampu utama, lampu belakang dan signal. Rekaan badan diberikan dekal baharu dan dikemaskan mufler sporty dengan penutup hujung aluminium.

Click 125i dikuasakan enjin 125cc penyejukan cecair PGM-Fi dengan Enhanced Smart Power (ESP) dan penghidup ACG. Menurut Honda, penggunaan bahan api mencatatkan kadar 53km per liter. Model itu juga dipasangkan Sistem Brek Kombi (CBS) dan Kunci Brek Parkir (PBL) sebagai ciri keselamatan tambahan.

BACA >>> Yamaha Filipina Perkenal Mio Aerox S Versi Full Spec, Ada 155 Unit Sahaja

Selain rupa baharu, skuter ini juga diberikan panel meter digital penuh yang memaparkan penggunaan bahan api secara masa nyata (real-time), indikator tukar minyak dan bateri, meter trip dan jam digital. Ruang storan diletakkan di bawak pelana dengan kapasiti simpan 18 liter, cukup untuk menyimpan helmet muka penuh atau aksesori menunggang lain.

Click 125i ditawarkan dalam 4 pilihan warna: Anchor Gray Metallic, Vivid Blue Metallic, Nitric Orange, dan Space Magenta Metallic. Harga pula bermula PhP74,900 (RM5,712).


CLICK 150i

Click 150i turut menampilkan rekabentuk sporty serupa seperti 125i, tetapi dibezakan dengan emblem 3D dan warna eksklusif. Ia juga memiliki rekaan rim sporty dengan tayar tiubles lebar, brek cakera wavy dan pemijak belakang aluminium.

Sama seperti 125i, Click 150i dilengkapkan sistem lampu LED penuh, termasuk panel digital penuh. Skuter ini dikuasakan enjin 150cc penyejukan cecair PGM-FI dengan ESP dan penghidup ACG serta Sistem Henti Lahu (ISS) yang memberikan kadar penggunaan bahan api 52km per liter.

BACA >>> Suzuki Filipina Perkenal Smash 115 Premium Edition dan Raider R150 Combat Series

Lebih eksklusif, Click 150i memiliki ciri termaju seperti Sistem Kunci Pintar (SKS) tanpa kunci, penghidup on/off, penggera anti-kecurian, dan sistem jawab balik. Ada 4 warna ditawarkan: Matte Gunpowder Black Metallic, Matte Solar Red Mteallic, Matte Crypton Silver Metallic, dan Pearl Fadeless White, dengan harga pengenalan Php95,900 (RM7,313).

GALERI
HONDA CLICK 125i
HONDA CLICK 150i

SUMBER: MotorPinas

Filipina Honda Honda Click 125i Honda Filipina Honda Vario 150 Hondal Click 150i Moped roda2 skuter
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.