• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Dedah PCX 125 Versi Eropah Kini dengan ABS

Honda Dedah PCX 125 Versi Eropah Kini dengan ABS

April 9, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA mendedahkan model  PCX 125 (2018) versi Eropah dengan memperkenalkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran dan brek cakera 220mm di depan dan brek dram 130mm (belakang).

Berbanding versi 2017, PCX 125 baharu ini masih mengekalkan siluet karakteristik PCX. Namun, fascia depan lebih sporty dengan lampu siang (DRL) LED yang tirus digabungkan bersama lampu depan LED.  Lampu belakang juga bercirikan LED.

BACA >>> Honda PCX Hybrid Masuk Malaysia Suku Ketiga 2018

Instrumen unit LCD kini mudah dibaca dengan gabungan indikator digital. Honda menawarkan poket fairing kiri yang cukup besar untuk meletakkan tin minuman dan terkini ada penutup ekstensi (berbanding rekabentuk lama) yang membolehkan penunggang mengakses barangan dengan mudah.

PCX baharu ini juga didatangkan adaptor 12V AC. Ruang storan bawah pelana juga diluaskan seliter menjadi 28 liter.

2018 Honda PCX125
2018 Honda PCX125
2018-Honda-PCX125-press-rear

PCX125 (2018) dibina atas rekaan frem dupleks keluli baharu dan digabungkan dengan dual absorber di belakang dan fork teleskopik 31mm di depan.  Skuter maxi itu dikuasakan enjin 125cc SOHC penyejukan cecair dan suntikan bahan api berkuasa 11.85hp pada 8,500 rpm dan tork 11.8Nm (5,000rpm).

Penggunaan bahan api 47.6km per liter dengan tangki minyak 8 liter, skuter ini mampu merekodkan perjalanan sejauh 400km dengan isian penuh bersama ciri  Sistem Idling Stop .

Harga belum didedahkan, tetapi model terdahulu dijual sekitar £2,899 (RM15,789). Mungkin juga harga model terkini tidak jauh berbeza.

GALERI
2018 Honda PCX125
2018 Honda PCX125
2018 Honda PCX125
2018 Honda PCX125
2018-Honda-PCX125-press-rear
2018 Honda PCX125
2018 Honda PCX125

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Argentina GP, Boon Siew Honda, Honda, Honda PCX, Honda PCX 125, PCX 125, roda2, skuter, skuter maxi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my