Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Dax 125 2025 Kembali ke AS, Harga RM17.3k
Roda2

Honda Dax 125 2025 Kembali ke AS, Harga RM17.3k

Abang HirataBy Abang Hirata26/09/20241 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENONTON filem atau drama Hollywood sering digambarkan mengenai gaya hidup penunggang bersama motosikal chopper. Faktanya, dengan jumlah penduduk mencecah ratusan juta, pelbagai cita rasa motosikal boleh dilihat dan dibuktikan melalui penawaran motosikal Honda daripada sekecil-kecil siri miniMOTO hingga model sebesar Gold Wing.

Siri miniMOTO Honda terdiri daripada GROM, Monkey, Trail 125 dan terkini Dax 125. Motosikal ikonik itu menyusul selepas menjengah beberapa pasaran seperti Eropah, Indonesia, Thailand dan Jepun.

Menarik mengenai asal-usul Honda Dax adalah kaitan model itu dengan Amerika Syarikat (AS). Pada 1960, pengedar di Idaho, Herb Uhl (foto atas) mengubah suai Super Cub dan menjual motosikal itu untuk digunakan di kawasan berbukit.

Ubah suai tersebut diketahui Honda America yang kemudian menghantar sebuah contoh ke Jepun. Akhirnya pada Mac 1961, CA100T Trail 50 (foto atas) ditawarkan di AS yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembeli sana.

Model itu terus berevolusi dan dari situlah lahir jenama CT sebelum beberapa model menyusul seperti CT200 Trail 90 (1964) dan CT70 Trail 70 (1969) yang kini dikenali sebagai Dax di Eropah.

Dax hadir dengan rekabentuk unik yang diwarisi hingga ke hari ini. Enjin motosikal mini itu dibina berasaskan Super Cub dengan menjalani beberapa pengubahsuaian seperti talaan bahagian ambilan dan ekzos untuk mendapatkan daya kilas lebih tinggi pada julat rendah dan pertengahan.

Pelbagai model CT dikeluarkan dengan lebih 750,000 unit dijual di AS sepanjang tempoh hampir tiga dekad. CT kemudian direhatkan agak lama sebelum kembali ke AS pada 2021 menerusi Honda Trail 125 dengan membawa gaya asal.

Ciri Honda Dax 125 2025 di AS

  • Rekabentuk tampil seperti gaya terdahulu dengan casis T-bone yang disangkut segala komponen.
  • Adunan ciri moden dapat dilihat pada lampu LED, panel meter digital dan brek cakera depan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.
  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 80º 123.9cc SOHC 2-injap penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI.
  • Transmisi semi automatik 4-kelajuan.
  • Honda tidak memperinci output kuasa, tetapi sebagai rujukan, model di Jepun menghasilkan kuasa 9.4ps @ 7,000rpm dan tork 11Nm @ 5,000rpm.
  • Kapasiti tangki petrol 3.8 liter. Petrol tambahan boleh dibawa dalam tong yang disangkut pada sisi motosikal.
  • Memiliki dimensi panjang 1,760.2mm, lebar 762, dan tinggi 1,018.5mm, manakala jarak roda 1,198.8mm
  • Tinggi pelana 777.2mm
  • Jarak tinggi bumi 177.8mm
  • Berat 107kg
  • Sistem suspensi fork telekopik hidraulik 31mm di depan, dan absorber dengan jarak travel 119mm (belakang)
  • Sistem brek cakera tunggal 220mm dengan kaliper 2-piston dan ABS saluran tunggal (depan), dan brek cakera tunggal 190mm dengan kaliper 1-piston (belakang).
  • Rim 12 inci dengan saiz tayar 120/70 di depan, dan 130/70 (belakang)

Ada dua warna ditawarkan: Pearl Glittering Blue (biru, sama seperti model Jepun), dan Pearl Gray (kelabu) yang tampak lebih lembut.

Harga Dax 125 2025 dijual pada harga AS$4,199 (RM17,350). Ya, siri motosikal gaya hidup Honda ini memang tidak murah jika dibawa masuk ke pasaran tempatan, sama seperti MSX dan Monkey sebelum ini.

Herb Uhl Honda Honda America Honda Dax 125 mini bike Motosikal Mini roda2 Roda5
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026

1 Comment

  1. Ahmad on 15/07/2025 22:37

    Honda dax 125 market in malaysia

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.