Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Eropah secara rasmi memperkenalkan kemas kini bagi model kembara ikonik mereka iaitu CRF1100L Africa Twin dan Africa Twin Adventure Sports untuk tahun 2026 (MY2026).

Sejak diperkenalkan semula ke pasaran Eropah pada 2016, model ini telah mencapai jualan luar biasa melebihi 121,000 unit.

Malah bagi tempoh enam tahun daripada lapan tahun pertama kehadirannya, Africa Twin sentiasa berada dalam kelompok tiga model terlaris Honda bagi kategori motosikal melebihi 125cc.

Pilihan Warna Dan Estetik

Bagi tahun 2026, Honda memperkenalkan skema warna baharu bagi setiap varian untuk menyuntik imej yang lebih agresif.

Penawaran warna ini dibahagikan mengikut model seperti berikut:

  • Africa Twin dan Africa Twin Electronic Suspension: Hadir dengan pilihan Grand Prix Red yang menampilkan warna rangka disemak semula serta grafik lebih menonjol. Terdapat juga pilihan Matt Ballistic Black Metallic dengan aksen warna emas serta Pearl Glare White yang mengekalkan identiti grafik Tricolore.
  • Africa Twin Adventure Sports: Membawakan pilihan warna Matt Iridium Gray Metallic yang dipadankan bersama rim berwarna emas serta Pearl Glare White dalam gaya klasik HRC Tricolore yang turut dilengkapi rim emas.

Varian Dan Perbezaan Utama

Motosikal ini terus ditawarkan dalam dua varian utama iaitu Africa Twin standard dan Africa Twin Electronic Suspension bagi memenuhi keperluan tunggangan yang berbeza.

Perbezaan teknikal yang paling ketara antara kedua dua varian ini merangkumi:

  • Sistem Ampaian: Model standard menggunakan suspensi Showa yang boleh dilaras sepenuhnya secara manual. Manakala model Electronic Suspension dilengkapi teknologi Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (Showa EERA) yang melaras redaman secara automatik dalam masa 15 milisaat berdasarkan data kelajuan, unit pengukuran inersia dan sensor strok.
  • Kelengkapan Standard: Varian Electronic Suspension hadir dengan spesifikasi lebih premium termasuk pemasangan pemanas hendal (heater grip) dan soket aksesori bagi memudahkan penunggang dalam perjalanan jauh.

Rangkaian Kuasa

Walaupun menerima perubahan kosmetik, bahagian mekanikal bagi tahun 2026 kekal tidak berubah untuk mengekalkan kebolehpercayaan sedia ada.

  • Enjin: Nadi dua silinder selari berkapasiti 1,084 cc lapan injap Unicam menghasilkan kuasa puncak 100.5 hp pada 7,500 rpm dan tork puncak setinggi 112Nm pada 5,500 rpm.
  • Konfigurasi: Menggunakan rekaan engkol 270 darjah dengan selang pembakaran tidak sekata untuk karakter bunyi unik serta sistem ekzos yang ditala bagi menghasilkan nada bass pada rpm tinggi.
  • Transmisi: Pilihan manual enam kelajuan atau Transmisi Klac Berkembar (DCT). Sejak mula diperkenalkan pada model VFR1200F pada tahun 2009, Honda telah menjual lebih 290,000 unit motosikal dilengkapi DCT di seluruh Eropah. Sebagai bukti penerimaan pasaran, versi DCT bagi Africa Twin Adventure Sports merangkumi 68 peratus daripada jumlah jualan model tersebut pada tahun 2025.

 Africa Twin Adventure Sports: Fokus Jarak Jauh

Varian CRF1100L Africa Twin Adventure Sports direka khusus untuk pengembaraan merentas benua dengan memberikan penekanan kepada aspek praktikaliti dan keselesaan:

  • Kapasiti Bahan Api: Dilengkapi tangki 24.8 liter yang membolehkan jarak tunggangan mencecah lebih 500 km berbanding 385 km pada model standard.
  • Pengendalian: Penggunaan rim hadapan bersaiz 19 inci dengan tayar 110/80-19 memberikan kestabilan lebih baik dan maklum balas hendal yang lebih tajam terutamanya ketika membawa bebanan penuh.
  • Ergonomik: Ketinggian pelana ditetapkan pada 835 mm atau 855 mm dengan penggunaan busa (foam) berketumpatan optimum untuk mengurangkan keletihan penunggang.

Sistem Elektronik dan Teknologi

Kesemua model Africa Twin 2026 dilengkapi pakej elektronik komprehensif yang diuruskan oleh unit pengukuran inersia (IMU) Bosch MM7.10 enam paksi untuk mengawal pelbagai aspek keselamatan:

  • Sistem Bantuan: Merangkumi Honda Selectable Torque Control (HSTC) 7 tahap, Wheelie Control 3 tahap, Cornering ABS dengan mod off-road, Rear Lift Control serta pengesanan selekoh bagi versi DCT.
  • Antaramuka Penunggang: Skrin sentuh TFT berwarna bersaiz 6.5 inci dengan sokongan Apple CarPlay, Android Auto dan Bluetooth.
  • Sistem Lampu: Lampu utama LED berkembar dengan lampu siang (DRL) serta lampu selekoh tiga peringkat yang menyala secara automatik mengikut sudut condong motosikal.

Pakej Aksesori Tulen Honda

Honda turut menawarkan empat pilihan pakej aksesori bagi memudahkan pelanggan menyesuaikan motosikal mengikut gaya kembara mereka:

  • Rally Pack: Fokus kepada prestasi luar jalan dengan pemijak kaki jenis rali, pelindung enjin, gril radiator dan penukar gear pantas (quickshifter).
  • Adventure Pack: Menawarkan perlindungan badan melalui palang sisi keluli tahan karat, lampu kabus dan beg tangki bersaiz 4.5 liter.
  • Urban Pack: Hadir dengan pilihan kotak simpanan atas plastik 58 liter atau aluminium 42 liter bersama tongkat tengah.
  • Travel Pack: Dilengkapi beg sisi plastik atau aluminium dan pemijak kaki pembonceng jenis keselesaan.

Honda CRF1100L Africa Twin Sports 2026 

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 

Honda CRF1100L Africa Twin Honda CRF1100L Africa Twin Sports
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.