• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda City Facelift (2017) Lancar di Thailand, Luaran dan Dalaman Diperbaharui

Honda City Facelift (2017) Lancar di Thailand, Luaran dan Dalaman Diperbaharui

January 12, 2017 By Han Othman 1 Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA City versi dipertingkat (facelift) dilancarkan di Thailand sebentar tadi membabitkan beberapa perubahan kosmetik yang pastinya membuatkan pesaingnya tidak senang duduk. Kehadiran Honda City facelift dikatakan tepat pada masanya selepas tiga tahun menampilkan diri sejak 2013. Apakah perubahan yang ditampilkan dalam model kali ini?

EKSTERIOR
  • Gril krom yang berkongsi bentuk sama dengan model Honda lain.
  • Bampar depan dan belakang diperbaharui.
  • Lampu siang (DRL) LED.
INTERIOR
  • Trim kabin metalik-gan.
  • Rekaan upholsteri kulit baharu untuk kerusi depan.
  • Sambungan telefon pintar untuk peranti Android dan iOS.

Bagaimana pula aspek teknikal? Ya, Honda City masih mengekalkan prestasi enjin petrol sedia ada bersesaran 1.5L dengan kuasa 117hp dan 146Nm. Bagi pasaran Thailand, pengenalan Honda City facelift itu tidak membabitkan perubahan harga. Honda City manual berharga 550,000 baht (RM63,038), manakala barisan varian CVT bermula antara 589,000 baht (RM74,259) hingga 751,000 baht (RM94,683).

Tidak diketahui apakah Honda City facelift versi Malaysia kelak akan mengekalkan harga sama, ataupun mengalami peningkatan? Sama-samalah kita tunggu pengumuman daripada Honda Malaysia nanti. Bagaimana pula pesaing lain? Apakah sedang menunggu masa mahu melancarkan versi facelift masing-masing?

honda-city-facelift-2017-1
honda-city-facelift-2017-2
honda-city-facelift-2017-3
honda-city-facelift-2017-4
honda-city-facelift-2017-5

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda City, Honda City facelift (2017), Honda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev