Honda memperkenalkan CB650R model tahun 2026 yang kini hadir dengan empat pilihan warna baharu dan kekal menampilkan gaya Neo Sports Café yang menjadi identiti model naked empat silinder ini.
Walaupun tiada perubahan dari segi prestasi, model ini terus menonjol dengan teknologi moden termasuk skrin TFT 5 inci dan pilihan sistem Honda E-Clutch.
Reka Bentuk
CB650R kekal bergaya dengan konsep Neo Sports Café yang diperkenalkan sejak 2018, dengan rekaan minimalis dan elemen moden yang diinspirasikan daripada dunia jam tangan berteknologi tinggi.
- Menampilkan perkadaran trapezoid, ekor pendek dan lampu depan LED condong.
- Tangki bahan api direka panjang dengan permukaan besi sebenar yang menonjolkan kejuruteraan enjin empat silinder sebaris
- Ketinggian pelana 810mm, dilengkapi port USB Type-C di bawah tempat duduk.
- Skrin TFT penuh warna 5 inci menggunakan teknologi optical bonding untuk bacaan jelas dalam cahaya terang.
- Paparan boleh diubah antara mod Bar, Circle, dan Simple, serta menyokong Honda RoadSync untuk navigasi, muzik dan panggilan melalui sambungan Bluetooth.
- Kawalan skrin menggunakan suis empat arah dengan lampu latar di bahagian kiri hendal.
Pilihan Warna 2026
Untuk tahun 2026, CB650R ditawarkan dengan empat warna baharu, semuanya dengan perincian Graphite Black Metallic:
- Mat Gunpowder Black Metallic
- Mat Jeans Blue Metallic
- Candy Energy Orange
- Grand Prix Red
Casis dan Suspensi
- Rangka Steel Diamond Frame direka dengan keseimbangan ketegaran untuk kawalan terbaik.
- Fork hadapan Showa Separate Function Big Piston (SFF-BP) 41mm USD, memberikan tindak balas yang stabil.
- Penyerap hentak belakang monoshock boleh laras 10 tahap pra-beban.
- Brek hadapan: Dua cakera 310 mm dengan angkup empat piston radial-mount dan ABS dua saluran.
- Brek belakang: Cakera tunggal 240 mm dengan ABS dua saluran.
- Rim aloi aluminium 17 inci, tayar 120/70-ZR17 (depan) dan 180/55-ZR17 (belakang).
- Berat: 205 kg (standard) / 207 kg (E-Clutch).
Enjin dan Prestasi
- Enjin empat silinder sebaris 649cc DOHC 16-injap penyejukan cecair.
- Kuasa maksimum 94 hp @ 12,000rpm, tork 63Nm @ 9,500rpm.
- Versi 35kW (47 hp) disediakan untuk lesen A2 (Eropah).
- Dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan cengkaman roda belakang.
- Nisbah mampatan 11.6:1, dengan palam iridium dan sistem kemasukan udara berkembar menghasilkan bunyi berkarakter.
- Kadar penggunaan bahan api: 20.4km/l (mod WMTC), jarak melebihi 300km dengan tangki 15.4L.
- Mematuhi piawaian EURO 5, dengan ECU dan pemangkin dikemas kini.
Teknologi Honda E-Clutch
- Membolehkan penunggang menukar gear tanpa menarik tuil klac, hanya dengan menekan pedal gear.
- Boleh digunakan secara manual biasa jika mahu.
- Menambah berat hanya 2 kg berbanding model standard.
- Klac dikawal dua motor elektrik dalam penutup enjin kanan, menyelaras putaran enjin, sudut pedal dan tekanan klac untuk pertukaran gear lancar dan pantas.
- Penunggang boleh memilih fil penukaran gear: HARD, MEDIUM atau SOFT bagi naik/turun gear.
- Sistem memberi amaran gear terlalu tinggi melalui simbol pada paparan TFT.
Aksesori Rasmi
Tiga pakej rasmi disediakan:
- Style Pack – panel aluminium premium, penutup radiator, pelindung sisi tangki, tolok aras minyak merah anodised.
- Sport Pack – penukar gear cepat (untuk versi bukan E-Clutch), flyscreen, penutup tempat duduk belakang, under cowl dan pelindung tangki.
- Comfort Pack – pemanas genggaman lima tahap, beg tangki dan beg belakang boleh laras (17L hingga 22L).
Leave a Reply