Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil
Auto Terkini

Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil

Abang HirataBy Abang Hirata03/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA memperkenalkan versi kemaskini Neo Sports Café 125cc, CB125R model 2026 (26YM) untuk pasaran Eropah.

Ini yang menarik tentang pasaran Eropah, siri motosikal mereka boleh ditawarkan sehingga 125cc. Permintaan dan faktor kategori lesen juga memainkan peranan penting.

Model ini mengekalkan DNA reka bentuk minimalis dan spesifikasi teknikal bertaraf tinggi, menjadikannya pilihan utama bagi penunggang baharu.

Pembaharuan paling ketara untuk model 26YM ini adalah penampilan, dengan pengenalan empat warna baharu yang tampil segar.

Gaya, Kelengkapan dan Pembaharuan Utama

Gaya CB125R adalah unik dan minimalis, mengikut bahasa reka bentuk Neo Sports Café. Ia tampil dengan karakter agresif dalam segmen entry-level Honda.

Ciri-ciri Estetika dan Peralatan Utama:

  • Pembaharuan 2026: Empat pilihan warna baharu diperkenalkan, iaitu Mat Rock Gray, Mat Lucent Silver Metallic, Zefiro Blue Metallic, dan Mat Pearl Diaspro Red, berserta grafik logo besar CB125R yang kontras pada salur radiator.
  • Papan Pemuka: Motosikal ini dilengkapi dengan skrin meter TFT penuh warna 5-inci yang disesuaikan daripada CB1000R, dikawal melalui suis baharu di sebelah kiri.
  • Pencahayaan: Kesemua lampu adalah jenis LED penuh, termasuk lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat.
  • Tangki Bahan Api: Kapasiti tangki 10.1L, membolehkan motosikal ini bergerak sejauh melebihi 460 km berdasarkan kecekapan bahan api 45.5km/L (mod WMTC).

Enjin dan Prestasi

CB125R dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 124.9cc, DOHC 4 Injap, sejukan cecair yang mematuhi piawaian emisi EURO5+.

Prestasi Utama:

  • Kuasa: 15 ps @ 10,000rpm.
  • Tork Puncak: 11.6Nm @ 8,000rpm.
  • Transmisi: Enam kelajuan.
  • Kelajuan Maksimum: Mampu mencapai 105km/j.

Casis dan Teknologi Keselamatan

Struktur motosikal dibina di atas kerangka gaya kekisi (lattice-style frame) yang dibuat daripada gabungan keluli tiub dan keluli tertekan (pressed steel) untuk keseimbangan ideal di antara ketegaran dan berat basah yang rendah iaitu 130kg.

Ciri-ciri Casis dan Brek Utama:

  • Suspensi Hadapan: Fork USD Showa 41 mm Separate Function Big Piston (SFF-BP).
  • Brek Hadapan: Cakera terapung tanpa hab 296 mm dengan kaliper empat-piston radial Nissin.
  • Sistem ABS: Brek dikawal oleh ABS 2-saluran yang menggunakan Unit Pengukuran Inersia (IMU), memastikan pengagihan daya brek yang tepat dan selamat berdasarkan tingkah laku kenderaan.
  • Pengendalian: Jarak roda 1,345 mm dan radius pusingan 2.3 m untuk pengendalian yang tangkas dan memudahkan pergerakan dalam kesesakan bandar.
26YM Honda CB125R
Honda honda cb125r Honda CB125R 2026
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.