Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda BR-V Laris, 6 Bulan Hampir 11k Unit Terjual
Auto Terkini

Honda BR-V Laris, 6 Bulan Hampir 11k Unit Terjual

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA BR-V bukanlah kenderaan yang dibikin untuk kepantasan. Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dibina Honda R&D Asia Pasific Co Ltd (HRAP) khas untuk pasaran Asia Tenggaran (Asean) dengan ciri dan kehendak unik seperti permukaan rupa bentuk bumi yang pelbagai, jumlah famili besar dan pada masa sama, rekabentuk cantik.

Selain itu, Honda BR-V juga model pertama HRAP yang dipasarkan di Malaysia. Walaupun lewat dipasarkan berbanding negara Asean lain, tetapi itu tidak menghalang keterbukaan pasaran tempatan menerima kehadiran MPV itu.

TERLAJAK LAKU

Pejabat Honda serantau dan Honda Malaysia pasti tersenyum lebar apabila Honda BR-V kini mendapat sambutan luar biasa. Mulanya, Honda Malaysia hanya menjangka jualan sebanyak 10,000 unit tahun ini. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah dalam masa enam bulan saja sudah hampir 11,000 unit BR-V terjual!

Kini, walaupun sasaran sudah dicapai, itu tidak bermakna Honda Malaysia boleh duduk diam. Paling terbaru, Honda merancang angka jualan baharu, iaitu 15,000 unit pula untuk tahun ini! Angka itu nampaknya seperti boleh dicapai memandangkan 2017 baru memasuki penggal tahun kedua.

Berikut Fakta Jualan Honda BR-V:
  • Varian V paling laris – 80 peratus jualan.
  • Tafetta White (putih) paling digemari – 27 peratus, kedua – Modern Steel Metallic (25 peratus).
  • Dark Ruby Red Pearl (merah), Golden Brown Metallic (cokelat) dan Lunar Silver Metallic (perak) berkongsi populariti (16 – 17 peratus).
  • Jualan paling tinggi – Lembah Klang (44 peratus).
  • Wilayah Selatan dan Utara (20 peratus dan 18 peratus).
  • Jualan Timur Malaysia juga menggalakkan (10 peratus berbanding sasaran, 6 peratus).
  • Jualan BR-V mewakili 34 peratus jualan keseluruhan model Honda.
  • Majoriti pembeli ialah mereka yang bertukar daripada kenderaan nasional dan bukan Nasional dan mahukan lebih ruang.
  • Pembeli juga terdiri daripada kalangan mereka yang pertama kali memiliki kereta (14 peratus).

Disebabkan crossover 7-kerusi itu begitu laris, Honda Malaysia memberi jaminan tempoh menunggu setiap tempahan dikekalkan daripada satu hingga dua bulan. Honda juga sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk menghantar tempahan BR-V dengan cepat dan efisien tanpa kompromi terhadap kawalan kualiti.

honda br-v 2017
Crossover Honda Honda BR-V Honda Malaysia Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.