Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Bikin Enjin Aston Martin untuk Saingan F1 2026
Auto Terkini

Honda Bikin Enjin Aston Martin untuk Saingan F1 2026

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize24/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA akan kembali sepenuhnya ke trek Formula Satu (F1) pada 2026 sebagai pembekal enjin kepada Aston Martin selepas meninggakan F1 penghujung 2021 walaupun sudah tujuh tahun bersama pasukan Red Bull.

Walaupun sudah mengundurkan diri dari F1, Honda masih meneruskan hubungan dengan Red Bull melalui perjanjian sokongan terhadap unit kuasa yang masih berjalan hingga akhir 2025.

Apabila F1 mengeluarkan peraturan enjin baharu untuk 2026, Honda tertarik dengan keperluan menggunakan 100 peratus bahan api mampan dan tumpuan lebih besar kepada kuasa elektrik.

Aston Martin dipilih Honda kerana Red Bull memilih haluan tersendiri dengan menubuhkan divisyen unit kuasa sendiri yang dibantu Ford. Aston Martin kini menggunakan enjin disediakan Mercedes, termasuk transmisi dan suspensi belakang hingga 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe berkata;

Antara sebab utama keputusan kami menyahut cabaran baharu dalam F1 adalah bentuk perlumbaan kemuncak dunia sedang berusaha menjadi siri perlumbaan mampan, sejajar hala tuju Honda ke arah neutraliti karbon, dan akan menjadi platform yang akan memudahkan pembangunan teknologi elektrifikasi kami.”

Mibe percaya teknologi dan ilmu yang diperoleh daripada F1 berpotensi digunakan secara langsung pada kenderaan elektrik (EV) pengeluaran massa jenama itu pada masa depan.

Bermula musim 2026, Aston Martin akan dikenali sebagai Aston Martin Aramco Honda. Menurut Presiden Honda Racing Corporation (HRC), Koji Watanabe, Honda tidak merancang membekalkan unit kuasa kepada mana-mana pihak lain selain Aston Martin bermula 2026 dan seterusnya.

BACA >>> Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki Gabung Bangunkan Enjin Hidrogen
BACA >>> Honda India Tawar Pakej Waranti Hingga 10 Tahun untuk Shine 100 (2023)

SUMBER: Formula1

Aston Martin Aramco Auto Terkini elektrifikasi F1 Formula 1 Formula One Formula Satu (F1) Honda Racing Corporation (HRC) Koji Watanabe sukan permotoran
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.