Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!
Auto Terkini

Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

Abang HirataBy Abang Hirata14/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GERGASI automotif Jepun, Honda, secara rasmi mengumumkan penstrukturan semula besar-besaran terhadap strategi elektrifikasi kenderaan mereka.

Langkah drastik ini melibatkan pembatalan pembangunan dan pelancaran tiga model kenderaan elektrik (EV) yang asalnya dirancang untuk pengeluaran di Amerika Utara bagi tahun 2026.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira perubahan landskap perniagaan global dan faktor luaran yang mencabar dan satu yang mengejutkan, Honda mengakui mereka tidak dapat bersaing!

Model-model yang sah dibatalkan pengeluarannya ialah Honda 0 SUV, Honda 0 Saloon dan Acura RSX.

Honda menjelaskan bahawa meneruskan pengeluaran dalam keadaan permintaan EV yang menurun secara mendadak ketika ini hanya akan mengundang kerugian lebih besar pada masa hadapan.

Keputusan ini turut memberi kesan kepada perancangan global jenama tersebut.

Faktor Semakan Strategi

Walaupun Honda kekal komited terhadap matlamat neutral karbon menjelang 2050, syarikat mengakui wujudnya kekangan besar dalam segmen kereta penumpang kompak.

Antara punca utama semakan ini adalah kemerosotan keuntungan dalam perniagaan automotif akibat perubahan dasar tarif di Amerika Syarikat.

Dasar tersebut memberi kesan kepada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid.

Selain itu, sumber yang sebelum ini banyak dialihkan kepada pembangunan EV telah menyebabkan daya saing produk Honda di Asia sedikit terjejas.

Di Amerika Syarikat sendiri, pengembangan pasaran EV didapati semakin perlahan berikutan pelonggaran peraturan bahan api fosil dan semakan semula subsidi EV oleh pihak kerajaan.

Hal ini memaksa Honda menilai semula pelaburan besar mereka.

Persaingan Pasaran China dan Asia

Di pasaran China dan Asia pula, nilai pilihan pelanggan kini beralih daripada aspek fizikal seperti penjimatan bahan api dan ruang dalaman kepada perisian yang terus berkembang untuk memenuhi cita rasa pelanggan.

Persaingan menjadi semakin sengit dengan kemunculan pengeluar EV baharu yang memanfaatkan kekuatan mereka dalam pembangunan kenderaan jangka pendek dan Software-Defined Vehicles (SDV) seperti sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS).

Dalam persekitaran persaingan yang sengit ini, Honda mengakui tidak mampu menawarkan produk yang memberikan nilai untuk wang yang baik berbanding pengeluar EV baharu tersebut, yang seterusnya mengakibatkan penurunan daya saing syarikat.

Kesan Kewangan dan Kerugian Besar

Keputusan untuk menghentikan projek EV ini membawa implikasi kewangan yang sangat besar.

Honda menjangkakan akan merekodkan kerugian daripada pelupusan dan kemerosotan nilai harta, loji, peralatan serta aset tidak ketara yang telah diperuntukkan untuk tiga model EV tersebut.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, Honda mengunjurkan perbelanjaan operasi antara 820 bilion yen (RM20.26 bilion) hingga 1.12 trilion yen (RM27.67 bilion).

Ekuiti dalam kerugian sekutu pula mencecah 110 bilion yen (RM2.71 bilion) hingga 150 bilion yen (RM3.70 bilion).

Kerugian luar biasa bukan disatukan pula dianggarkan sebanyak 340 bilion yen (RM8.40 bilion) hingga 570 bilion yen (RM14.08 bilion).

Secara keseluruhannya, jumlah perbelanjaan tambahan atau kerugian berkaitan semakan strategi ini dianggarkan boleh mencecah sehingga 2.5 trilion yen (RM61.77 bilion).

Hala Tuju Masa Hadapan Fokus Hibrid

Sebagai langkah pemulihan, Honda akan menyusun semula kerangka strategik bagi membina semula daya saing.

Strategi utama kini beralih kepada memperkukuh perniagaan kenderaan hibrid, terutamanya di pasaran utama seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Honda juga merancang untuk meluaskan rangkaian model di India yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Bagi pasaran Asia yang lain, Honda akan melancarkan kenderaan hibrid generasi baharu sambil mengoptimumkan pengagihan sumber syarikat.

Pengenalan EV pada masa hadapan akan dilaksanakan secara lebih fleksibel dengan memantau trend permintaan dan tahap keuntungan semasa.

Maklumat lebih terperinci mengenai penstrukturan semula strategi jangka sederhana dan panjang ini akan dibentangkan pada sidang akhbar bulan Mei nanti.

Pemotongan Imbuhan Eksekutif Tertinggi

Susulan kerugian besar ini, barisan pengurusan tertinggi Honda secara sukarela melepaskan sebahagian daripada imbuhan mereka bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027.

Presiden dan Pengarah Wakil akan menerima pemotongan 30 peratus daripada imbuhan bulanan selama tiga bulan.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Naib Presiden Eksekutif berkaitan automotif pula akan dipotong 20 peratus daripada imbuhan bulanan selama tiga bulan.

Selain itu, Presiden dan Naib Presiden Eksekutif insentif jangka pendek (STI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.

Tindakan ini membawa kepada pengurangan keseluruhan imbuhan tahunan sebanyak 25 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah asas.

Ini merupakan langkah akauntabiliti terhadap pindaan ramalan pendapatan penyatuan setahun penuh yang merosot mendadak.

Honda 0 SUV

Honda 0 Saloon

Acura RSX

Acura Acura RSX EV Honda Honda 0 Saloon Honda 0 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.