Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HLYM Naik Taraf Laman Web Yamaha Malaysia, 125ZR dan FZ150i Selamat Dipencenkan
Auto Terkini

HLYM Naik Taraf Laman Web Yamaha Malaysia, 125ZR dan FZ150i Selamat Dipencenkan

AryonBy Aryon15/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ada belum tahu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru saja menaik taraf laman web wakil pengedar itu yang kini tampil dengan antaramuka lebih ringkas, segar dan mesra pengguna.

Menariknya, laman web HLYM kali ini lebih mudah akses apabila pengguna terus saja dipaparkan dengan barisan produk Yamaha pada laman utama (home) tanpa perlu mengetik mana-mana pautan, cuma skrol ke bawah. Ada 5 opsyen pautan dibariskan, iaitu:

  • All Models – Untuk melihat semua model Yamaha.
  • Moped – Model kapcai
  • Automatik – Model skuter
  • Street – Model sportbike
  • Big Bikes – Model berkuasa besar

Laman web ini masih mengekalkan warna cerah (putih) seperti versi lama,


Apabila diskrol lagi ke bawah, tertera menu ‘Featured Model’ untuk pautan pantas model popular. Setakat artikel ini ditulis, pautan model ditunjukkan ialah Y15ZR, Ego Solariz, XMax 250 dan MT-09. Di bawah menu itu ialah menu berita terkini – ‘Latest News’ tentang Yamaha di Malaysia dan luar negara.

Menu seterusnya ialah pautan untuk membuat carian lokasi rangkaian pengedar Yamaha seluruh negara (lihat gambar bawah).


Akhir sekali, bar menu paling bawah memaparkan maklumat ringkas tentang HLYM, pautan ke halaman lain dalam laman web sama, dan pautan ke laman media sosial (Facebook dan Instagram) milik wakil pengedar itu.


KOMEN?

Mengambil kira status laman web dinaik taraf, semestinya pengguna mengharapkan segala maklumat yang dipaparkan ialah versi paling terkini. Paling mudah ialah melihat barisan produk Yamaha Malaysia dan memang betul setakat ini ada 11 model yang dijual di pasaran tempatan. Malah model lama, 125ZR dan FZ150i, yang masih ada dalam laman web lama dulu kini sudah dipencenkan secara rasmi.

Kekurangan yang kami perasan ialah posisi logo HLYM tidak diposisikan atau disaizkan dengan betul hingga berlanggar dengan teks sebelah (lihat foto bawah). Sebagai makluman, laman web ini dilayari menggunakan pelayar jenis Google Chrome.

PAPARAN MOBIL TERBAIK, TETAPI…

Bagaimanapun, laman web versi mobil (bukan aplikasi mobil @ mobile app) nampak teratur dalam versi vertikal. Semua dimuatkan elok daripada teks, tajuk hingga logo. Kalau ada kekurangan pun ialah ciri interaktif dan pintar yang tidak disertakan bersama. Misalnya slaid foto tidak dapat dilungsur ke tepi menggunakan jari, tetapi perlu menekan butang anak panah @ next.

Masalah paling ketara ialah sesetengah pautan tidak dihubungkan ke laman yang betul, sebaliknya berlegar di laman utama saja. Misalnya apabila mengetik pautan ‘Discover More’ untuk Y15ZR, pengguna tidak dilompatkan ke laman kapcai yang dimaksudkan itu, tetapi diskrol ke atas. Laman R15, antaranya, tidak interaktif seperti imej tidak boleh dizumkan. Cadangan kami, paparan 360º sepatut disertakan bersama opsyen tukar warna. Hmmm, banyak main ye…

Apa kata anda semua pasal laman web HLYM baharu ini?

SUMBER: HLYM

Auto Terkini HLYM Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Laman Web Laman Web HLYM Laman Web Yamaha Malaysia roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.