HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) meneruskan usaha mendekati komuniti belia dengan mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) Musim ke-16.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, HLYM menganjurkan cabutan bertuah eksklusif dengan hadiah utama berupa skuter Yamaha NVX SP edisi khas, lengkap dengan livery hero Mobile Legends, Brody - marksman kegemaran ramai pemain MLBB.
Cara Sertai Cabutan Bertuah
Untuk peluang memenangi hadiah menarik ini, peserta hanya perlu:
- Muat turun dan daftar masuk aplikasi Genblu Rewards
- Tekan butang 'Redeem' dan cari '200 Point Lucky Draw'
- Nama anda akan dimasukkan secara automatik ke dalam cabutan bertuah
Cara Kumpul 200 Mata Genblu Rewards
Pengguna boleh mengumpul mata melalui beberapa cara seperti:
- Servis motosikal di mana-mana pengedar sah Yamaha
- Check-in booth pada mana-mana acara rasmi Yamaha
- Lawatan ke Muzium Yamaha pertama di Malaysia, Space Y
- Singgah ke Genblu cafe untuk pembelian dan aktiviti
Tempoh Peraduan dan Pengumuman Pemenang
- Tempoh peraduan: 13 September hingga 14 November 2025
- Pengumuman pemenang: 16 November 2025, sempena Perlawanan Akhir MPL MY Musim ke-16
HLYM berharap inisiatif ini dapat menghubungkan jenama Yamaha dengan komuniti e-sukan yang semakin berkembang pesat di Malaysia, selain meraikan gaya hidup moden dan sporty selari dengan imej Yamaha NVX.
@pandulaju Ini dia hadiah utama sempena kolaborasi HLYM x MPLMY! YAMAHA NVX SP dengan Livery Hero MLBB iaitu BRODY!!! Macam mana nak menang? Tengok video sampai habis! #yamaha #hlym #mplmy #pandulaju ♬ original sound - PanduLaju
Leave a Reply