Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»HLYM Lancar Yamaha XMAX 250 (2023) Serba Baharu, Harga Mula RM23.9k!
Roda2

HLYM Lancar Yamaha XMAX 250 (2023) Serba Baharu, Harga Mula RM23.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/07/20234 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan skuter maksi Yamaha X-Max 250 (2023) serba baharu yang menerima perubahan kosmetik dan penambahan beberapa ciri moden untuk manfaat penunggang.

Skuter maksi suku liter itu ditawarkan pada harga jualan asas RM23,998, tidak termasuk insurans dan pendaftaran dalam dua pilihan warna: Icon Blue (biru) dan Max Silver (perak). Berikut perincian Yamaha X-Max 250 (2023):

  • Tampil dengan imej lebih segar menerusi penggunaan fairing baharu dengan padanan set lampu utama dan belakang berkonsepkan huruf X.
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu brek dan lampu signal membelok. Lampu signal depan diposisikan lebih sama tinggi dengan bar hendal.
  • Visor angin depan tidak boleh laras jenis jernih.
  • Dilengkapi dua kluster meter terpisah, iaitu panel meter digital latar hitam di kluster atas dan panel meter TFT berwarna 4.2 inci di bawah.
  • Panel meter atas memaparkan maklumat spidometer, jarak tungganga dan odometer dalam paparan digital.
  • Panel meter kedua dilengkapi sistem navigasi GPS Garmin dan sambungan aplikasi Yamaha Y-Connect menggunakan sambungan Bluetooth telefon pintar.
  • Butang sebelah kiri hendal boleh digunakan untuk mengubah tetapan seperti menyah aktif Sistem Kawalan Traksi (TCS), membuat padanan sambungan Bluetooth dengan telefon pintar, paparan meter dan lain-lain.
  • Bagaimanapun, penunggang perlu memuat turun dua aplikasi, iaitu Y-Connect dan Garmin StreetCross secara berasingan ke dalam telefon pintar untuk memaksimum manfaat penggunaan.
  • Yamaha X-Max 250 (2023) serba baharu ini cuma menyediakan soket 12V dan tiada port USB untuk mengecas terus telefon pintar.
  • Enjin dan sistem transmisi dipinjam daripada model generasi terdahulu, jenis 4-lejang 4-injap silinder tunggal 249.8cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang menawarkan output kuasa 22.5hp @ 7,000rpm dan tork 24.3Nm @ 5,500rpm.
  • Sistem transmisi automatik V-Belt.
  • Sistem suspensi fork teleskopik konvensional di depan dan dwi-absorber di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan rim 14 inci dengan tayar 140/70 (belakang).
  • Berat 181kg, manakala kapasiti tangki minyak 13 liter.
Auto Terkini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) roda2 skuter maksi Yamaha X-Max 250 (2023)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026

    4 Comments

    1. Anon on 30/07/2023 13:58

      “Rim aloi 15 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan rim 14 inci dengan tayar 140/70 (belakang).”

      Biar betul?!…

      Kenapa rim belakang dia 14 inci sedangkan rim depan 15 inci?!…

      Typo ke apa ni?!…

      Reply
      • Azhan O on 01/09/2023 09:16

        Memang ada motor rim belakang kecik dan rim depa. Besar

        Reply
      • Azhan O on 01/09/2023 09:17

        Memang ada motor rim belakang kecik dan rim depa besar

        Reply
      • Azhan O on 01/09/2023 09:24

        Memang ada motor rim belakang kecik dan rim depan besar

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.