Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Helsinki Catat Satu Tahun Tanpa Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya
Auto Terkini

#TahukahAnda: Helsinki Catat Satu Tahun Tanpa Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam31/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bandar raya Helsinki, Finland tiada kemalangan sepanjang setahun

IBU kota Finland, Helsinki mencatat pencapaian luar biasa apabila tidak merekodkan sebarang kematian akibat kemalangan jalan raya selama satu tahun sejak awal Julai 2024. Perkara itu disahkan pegawai bandar kepada agensi berita tempatan, YLE.

Pencapaian itu bukan hasil dasar besar, sebaliknya hasil gabungan pelbagai pendekatan kecil yang memberi impak besar secara keseluruhan.

Pendekatan Strategik Keselamatan Jalan Raya

Papan tanda had laju 30kmj di bandar Helsinki, Finland
Jurutera Trafik Helsinki, Roni Utriainen

Jurutera trafik bandar raya Helsinki, Roni Utriainen (foto atas kanan) berkata, faktor utama kejayaan ini adalah penurunan had laju di beberapa kawasan penting.

Banyak faktor menyumbang, tetapi had laju adalah antara paling penting,” kata Utriainen.

Awal 2025, pihak berkuasa menurunkan had laju sekitar kawasan sekolah kepada 30kmj, dan kini lebih separuh jalan di Helsinki mempunyai had laju itu.

Suasana jalan raya di bandar Hensinki, Finland

Sebagai perbandingan, had laju di jalan-jalan tersebut ialah 50kmj sejak lima dekad lalu. Namun, penurunan had laju hanya sebahagian strategi menyeluruh. Pihak berkuasa Helsinki turut melabur besar dalam mambaik pulih infrastruktur untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Tambahan pula, lebih banyak kamera pemantauan trafik seperti kamera had laju automatik dan lampu isyarat dipasang. Kehadiran lebih ramai polis trafik, sistem pengangkutan awam efisien dan teknologi keselamatan aktif dalam kenderaan moden juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Penurunan Kecederaan Berkaitan Trafik

Jalan raya di banda raya Helsinki

Usaha tersebut membuahkan hasil bukan saja dari segi pengurangan kematian, tetapi jumlah kecederaan akibat kemalangan juga menunjukkan penurunan ketara.

Pada 1980-an, purata tahunan insiden kecederaan akibat trafik di Helsinki hampir 1,000 kes, dan dalam tempoh 12 bulan lalu, angka itu menurun drastik kepada 277 kes sahaja.

Arah tuju Helsinki memang positif sejak beberapa tahun lalu,” kata Utriainen.

Utriainen turut mengiktiraf sumbangan bukan saja pegawai bandar, tetapi juga pemandu, penunggang dan pejalan kaki. Menurutnya lagi, 2019 juga menyaksikan tiada kematian melibatkan pejalan kaki akibat kemalangan.

Wajarkah Malaysia Contohi Helsinki?

Pencapaian itu menjadikan Helsinki sebagai contoh global dalam usaha mempertingkat keselamatan jalan raya melalui pendekatan holistik dan bersepadu.

Di Malaysia, statistik rasmi Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan 6,443 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang 2023, dengan purata kira-kira 17 kematian sehari.

Malaysia juga berdepan cabaran besar dari segi keselamatan penunggang motosikal, yang mana lebih separuh jumlah keseluruhan kematian jalan raya.

Langkah seperti memperluaskan zon had laju 30kmj di kawasan sekolah dan kediaman, menaik taraf laluan pejalan kaki dan lorong basikal, serta memperbanyak kamera pemantauan trafik boleh dipertimbang sebagai sebahagian pelan jangka panjang.

Pencapaian seperti Helsinki bukan mustahil untuk Malaysia. Ia hanya memerlukan iltizam politik, perancangan rapi dan kerjasama antara pihak berkuasa dan masyarakat,” kata pakar keselamatan jalan raya tempatan.

Dengan pendekatan menyeluruh dan konsisten, Malaysia berpotensi mengurangkan kadar kemalangan maut secara signifikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

SUMBER: Motor1.com

Aliran Trafik Helsinki kemalangan maut Kes Kemalangan Kes Kemalangan Maut
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.