Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
Roda2

Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/11/20251 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Barisan model baharu Harley-Davidson 2026

HARLEY-Davidson memperkenalkan sebahagian model baharu 2026 melalui laman rasmi H-D.com , termasuk video pelancaran ‘Model Year 2026 Reveal – Chapter One – November 3rd’ di laman YouTube.

Semua model itu bakal tiba di rangkaian pengedar sah Harley-Davidson seluruh dunia dalam masa terdekat. Fasa Kedua pelancaran termasuk koleksi eksklusif Custom Vehicle Operation (CVO) akan didedahkan 14 Januari 2026.

Model Harley Davidson 2026 yang siumumkan itu adalah seperti berikut:

Grand American Touring: Street Glide, Road Glide

Harley-Davidson Road Glide 2026
Harley-Davidson Street Glide 2026

Dua model ikonik touring jarak jauh itu terus menawarkan gabungan kemewahan, prestasi dan keselesaan untuk penunggang yang mengutamakan perjalanan jauh.

Direka untuk pengembaraan rentas negara, kedua-dua model menampilkan teknologi terkini dan perincian untuk menambah prestasi.

Barisan Cruiser: Enam Model Identiti Berbeza

Harley-Davidson Fat Boy 2026
Harley-Davidson Low Rider S 2026
Harley-Davidson Low Rider ST 2026

Harley-Davidson memperkenalkan enam cruiser, masing-masing membawa gaya dan karakter unik:

  • Low Rider S
  • Low Rider ST
  • Heritage Classic
  • Breakout
  • Fat Boy
  • Street Bob

Setiap model menerima enjin Milwaukee-Eight 117 yang ditala unik yang berbeza ambilan, ekzos, profil sesondol (cam) dan mod tunggang bagi menghasilkan personaliti prestasi tersendiri. Semua model turut dilengkapi sistem keselamatan Rider Safety Enhancements by Harley-Davidson.

Barisan Sport: Sportster S, Nightster Special dan Nightster

Harley-Davidson Sportster S 2026
Harley-Davidson Nightster 2026
Harley-Davidson Nightster Special 2026

Gabungan prestasi tinggi dan teknologi moden, barisan model Sport 2026 menampilkan sentuhan rekabentuk diilhamkan daripada warisan Harley-Davidson.

Model Sport menerima:

  • Penutup enjin baharu untuk imej lebih custom
  • Pilihan pakej baharu Nightster dalam warna Blood Orange (jingga), grafik ilham perlumbaan Flat Track, pelapik ekzos krom dan rim aluminium 14 jejari
  • Barisan model Sport 2026 akan tiba di pengedar seluruh dunia awal 2026

Adventure Touring: Pan America 1250 Special, Pan America 1250 ST

Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
Harley-Davidson Pan America 1250 Special 2026

Bagi penunggang yang menjadikan touring sebagai detouring, model Pan America 1250 kekal sebagai motosikal adventure-touring unggul Harley-Davidson.

Pan America 1250 Special menawarkan versatiliti tinggi dengan teknologi canggih untuk pelbagai jenis permukaan jalan, manakala Pan America 1250 ST pula ditala untuk prestasi sport-touring dengan:

  • Suspensi dan brek premium
  • Rim 17 inci dengan tayar prestasi
  • Quickshifter standard
  • Model Adventure Touring 2026 bakal tiba di pengedar seluruh dunia awal 2026.

Ketersediaan, Variasi Pasaran

Logo Harley-Davidson

Semua model tertakluk kepada ketersediaan. Spesifikasi, varian, warna dan harga mungkin berbeza mengikut pasaran. Maklumat lanjut disarankan menghubungi pengedar Harley-Davidson berhampiran.

Harley-Davidson terus menjadi simbol kebebasan dan pengembaraan dengan menawarkan barisan motosikal terdiri daripada Grand American Touring, Sport, Adventure Touring, Cruiser dan Trike, selain pilihan pramilik Harley-Davidson Certified™ pre-owned, aksesori Motor Parts, MotorClothes®, dan perkhidmatan kewangan.

Maklumat penuh boleh layari H-D.com.

Harley-Davidson Fat Boy 2026
Harley-Davidson Low Rider S 2026
Harley-Davidson Low Rider ST 2026
Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
Harley-Davidson Road Glide 2026
Harley-Davidson Street Glide 2026
cruiser Harley Davidson Model Year 2026 Harley Davidson Road Glide Harley Davidson Street Glide Harley Grand American Touring Harley-Davidson
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Lestari

03/03/2026
Roda2

Boon Siew Honda Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Africa Twin, Dari RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026

1 Comment

  1. Kingston YAP on 11/11/2025 11:10

    Wht would an invincible bike look like…??..
    Nvr breakdown n keep running forever with vr low n basic maintenance…comfortable like a sofa set…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.