Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang
Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang

JENAMA motosikal, Harley-Davidson Malaysia mencatat pencapaian bersejarah apabila berjaya menganjurkan Hari Trek Harley-Davidson Track Day pertama di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, sekali gus membuka dimensi baharu pengalaman menunggang jenama ikonik Amerika Syarikat itu kepada peminat tempatan.

Acara eksklusif itu menghimpunkan kira-kira 70 unit motosikal Harley-Davidson bersama penunggang dari seluruh Semenanjung Malaysia, yang diberi peluang merasai pengalaman menunggang di litar perlumbaan bertaraf dunia dalam suasana terkawal dan selamat.

Pengalaman Unik Harley-Davidson di Litar

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang

Peserta berpeluang menguji prestasi dan pengendalian model jelajah Harley-Davidson dalam persekitaran litar profesional, sesuatu yang jarang ditawarkan di Malaysia, terutama bagi motosikal kuasa besar.

Antara model yang mengambil bahagian ialah Road Glide™, Street Glide™, Road King™, CVO Street Glide™, Fat Boy™ dan beberapa model lain, yang membuktikan keupayaan barisan Harley-Davidson yang bukan saja sinonim dengan tunggangan jarak jauh, tetapi mampu beraksi dengan stabil dan yakin di litar.

Sokongan Komuniti H.O.G. Seluruh Negara

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang

Hari Trek bersejarah itu turut disertai ahli daripada lima chapter Harley Owners Group (H.O.G.), iaitu H.O.G. Petaling Jaya Chapter, H.O.G. Route 77 Kuala Lumpur Chapter, H.O.G. Johor Bahru Chapter, H.O.G. Penang Chapter dan H.O.G. Kinabalu Chapter.

Kehadiran penunggang dari pelbagai negeri jelas mencerminkan semangat persaudaraan dan kekuatan komuniti dalam kalangan keluarga besar Harley-Davidson Malaysia, selari nilai kebersamaan yang menjadi teras jenama tersebut.

Rakan Gaya Hidup, Persiapan Perhimpunan Nasional

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang

Acara itu turut dimeriahkan sokongan rakan gaya hidup Monster Energy yang memastikan tenaga peserta sentiasa berada pada tahap optimum, selain Inside Scoop yang menyediakan aiskrim pelbagai perisa dan makanan ringan di kawasan padok.

Lebih sekadar acara tunggangan di litar, Hari Trek itu berperanan sebagai sesi ‘panas badan’ menjelang perhimpunan Malaysia National H.O.G. Rally yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Komitmen Perkukuh Pengalaman Penunggang

Logo Harley-Davidson

Acara pelepasan kebangsaan dijadualkan berlangsung 23 Januari 2026, dengan lebih 200 unit motosikal Harley-Davidson dijangka bergerak bersama menuju Adena Beach Resort, Kuantan, Pahang.

Penganjuran Hari Trek sulung itu menegaskan komitmen Harley-Davidson Malaysia untuk terus memperkaya pengalaman pemilikan dan tunggangan, selain mengukuhkan semangat ‘United We Ride’ dalam kalangan komuniti penunggang tempatan.

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
United We Ride - Harley Davidson
United We Ride - Harley Davidson
Auto Terkini Hari Trek Hari Trek Harley-Davidson Malaysia Harley Owners Group (HOG) Harley-Davidson Harley-Davidson Malaysia Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS trackday
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.