• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harith Farhan Juara Keseluruhan Kategori Wira Cub Prix

Harith Farhan Juara Keseluruhan Kategori Wira Cub Prix

September 21, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Harith Farhan leading the WIRA race at Teluk Intan

HARITH Farhan Baharin mengesahkan gelaran juara keseluruhan kategori Wira setelah berjaya meraih kemenangan keenam berturut-turut pada pusingan ke-7 Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Teluk Intan, Perak.

Pelumba Kozi Yam Honda Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11'48.241s untuk memungut 25 mata menjadikan 170 mata keseluruhan, gagal untuk dicabar oleh mana-mana pelumba meskipun perlumbaan berbaki tiga pusingan.

Harith Farhan centre, Amirul Hakim left and Qhuwarismi right on the WIRA podium at Teluk Intan

Pencabar terdekat, Saiful Izman Ahmad Zamani pula ketinggalan 77 mata di belakang setelah gagal mengutip sebarang mata apabila terjatuh pada pusingan ketiga sambil menyaksikan Amirul Hakim Mohd Rizal (Espada William Racing) muncul naib juara perlumbaan dengan masa 11'50.166s diikuti Qhuwarismi Mohd Nasir (Weststar Motorsport) ketiga dengan masa 11'51.908s.

" Sukar untuk membayangkan betapa gembiranya saya setelah berjaya bergelar juara keseluruhan. Saya hadiahkan kemenangan ini kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras sepanjang musim ini," jelas Harith.

Harith Farhan writes his name in the Cub Prix hstory books as the 2015 WIRA champion

Turut mencatat kejayaan serupa adalah Mohd Hazieq Fairues yang telahpun mengesahkan gelaran juara keseluruhan Super Siri Yamaha PETRONAS setelah mengumpul 175 mata maksimum hasil tujuh kemenangan berturut-turut dalam tujuh pusingan perlumbaan setakat ini.

Sementara itu, pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan perlumbaan akhir dua kategori utama, CP115 dan CP130 berikutan hujan lebat dan angin kencang yang melanda Teluk Intan.

Ini adalah kali pertama pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd bertindak membatalkan perlumbaan sejak kali terakhir di Kuching, Sarawak pada tahun 2008 akibat faktor serupa.

KEPUTUSAN

WIRA

1.Harith Farhan Baharin (WIRA) 11’48.241s

2.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 11’50.166s

3.Qhuwarismi Mohd Nasir (Yamaha) 11’51.908s

Kedudukan Keseluruhan

1.Harith Farhan Baharin (Honda) 170 mata

2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 93 mata

3.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 82 mata

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cub Prix 2015, HARITH Farhan Baharin, Kozi Yam Honda Racing, Saiful Izman Ahmad Zamani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my