Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Ron95, Diesel Tahun Baru Bakal Naik Tengah Malam Ini?
Auto Terkini

Harga Ron95, Diesel Tahun Baru Bakal Naik Tengah Malam Ini?

Han OthmanBy Han Othman31/12/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ron95-diesel-dijangka-naik-jan2017
MUNGKINKAH tengah malam ini harga petrol RON95 dan diesel bakal naik bermula esok? Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat setakat ini – yang biasanya diketahui sebelah malam – tetapi andaian mengenai kemungkinan peningkatan harga minyak itu dikiaskan Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Lokman Noor berkata, peningkatan harga yang dibuat adalah seiring dengan harga pasaran minyak mentah dunia sepanjang Disember ini. Menurutnya, selain pengaruh Dolar Amerika ke atas Ringgit, harga minyak turut ditetapkan berasaskan purata harga bahan api di pasaran dunia sepanjang sebulan.

Berikut ialah kenyataan Lokman Noor di Putrajaya seperti dipetik Sinar Harian, semalam.

Maksud purata ialah harga daripada 1 hingga 31 haribulan dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga hujung bulan seperti difahami sesetengah pihak.

“Pengukuhan Dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia juga menyebabkan kos pembelian minyak meningkat dan memberi kesan kepada penetapan harga bahan api negara ini. Harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Disember 2014 susulan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.

“Masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul. Subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.

“Contohnya, pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter. Yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin. Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.

“Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi.

https://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2016/10/Lokman-Noor-Adam.jpg
LOKMAN NOOR ADAM

Lokman Noor berkata lagi, berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, Kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.

Pada masa sama, Lokman Noor berkata, di bawah sistem subsidi pukal, warga asing yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia. Setiap hari, terutama di hujung minggu, subsidi yang diberikan Kerajaan kepada rakyat Malaysia turut bocor kepada kenderaan Singapura, selain diseludup ke Thailand dan Filipina serta dijual di perairan antarabangsa.

Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian daripada Kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang.

“Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing.”

SUMBER: Sinar Harian

Auto Terkini Datuk Lokman Noor Adam diesel harga minyak Januari 2017 Ron95
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Aksesori

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

27/03/2026
AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.