HARGA runcit bagi minyak petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter berkuat kuasa hari ini sehingga 15 September 2021.
Bagaimanapun, harga petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.72 kepada RM2.73 sepanjang tempoh sama.
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menyatakan harga runcit produk petroleum adalah dibuat secara mingguan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Pendekatan itu diambil bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Justeru Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan paras harga siling harga runcit RON95 RM2.05 seliter, manakala diesel RM2.15 seliter.
Leave a Reply