BERMULA 17 Ogos (esok), harga runcit bagi petrol RON95 naik lagi 3 sen dan RON97 naik 4 sen, manakala diesel turun sebanyak 2 sen. Kenaikan harga petrol dan penurunan diesel akan berkuat kuasa bermula jam 12:01 pagi ini, 17/08/2017 hingga 23/08/2017.
Sebagai makluman, ini ialah minggu keempat berturut-turut harga bahan api petrol dan diesel naik. Ini bermakna harga RON95 naik kepada RM2.15 seliter berbanding RM2.12, minggu lalu. Begitu juga harga RON97 naik kepada RM2.43 seliter daripada RM2.39 seliter.
Diesel pula turun kepada RM2.04 seliter berbanding RM2.06 pada minggu lalu.
SENARAI HARGA MINYAK BERMULA 17/08/17 - 23/08/17
- RON95: RM2.15 (naik 3 sen)
- RON97: RM2.43 (naik 4 sen)
- Diesel: RM2.04 (turun 2 sen)
BACA >>> Pengusaha Tertekan Harga Minyak Terus Menurun, Formula Baharu Bakal Diperkenalkan- Menteri
BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan
BACA >>> #SembangDeras: Harga Siling Minyak Tak Jadi, Inilah Sebab KPDNKK Buat 'U-Turn'
Leave a Reply