SELEPAS dua minggu berturut-turut harga bahan api petrol dan diesel turun, kini ia naik kembali. Bermula 01 Mac (esok), harga runcit bagi petrol RON95 naik sebanyak 3 sen dan RON97 pula 4 sen. Manakala bahan api diesel turut mengalami kenaikan sebanyak 5 sen. Kenaikan harga petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa bermula jam 12:01 pagi ini, 01/03/2018 hingga 07/03/2018.
Ini bermakna harga RON95 naik kepada RM2.20 seliter daripada RM2.17, minggu lalu. Begitu juga harga RON97 naik kepada RM2.47 seliter daripada RM2.43. Diesel turut mengalami kenaikan kepada RM2.18 daripada RM2.13 seliter.
SENARAI HARGA MINYAK [01/03/18 - 07/03/18]
- RON95: RM2.20 (naik 3 sen)
- RON97: RM2.47 (naik 4 sen)
- Diesel: RM2.18 (naik 5 sen)
BACA >>> Pengusaha Tertekan Harga Minyak Terus Menurun, Formula Baharu Bakal Diperkenalkan- Menteri
BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan
Leave a Reply