Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BUDI95: Harga Petrol RON95 Malaysia Kekal Antara Termurah Dunia
Auto Terkini

BUDI95: Harga Petrol RON95 Malaysia Kekal Antara Termurah Dunia

SyafieBy Syafie23/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

MALAYSIA kekal dalam kelompok negara yang menawarkan harga petrol termurah dunia, walaupun harga tanpa subsidi bagi RON95 berada pada paras RM2.60 seliter.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dengan pelaksanaan harga bersubsidi RM1.99 seliter yang berkuat kuasa 30 September ini, Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai antara negara dengan harga bahan api terendah di rantau Asia Tenggara dan peringkat global.

Walaupun harga pasaran sebenar akan diumumkan 30 September nanti, rakyat tidak perlu bimbang kerana mekanisme yang digunakan Kerajaan memastikan harga kekal kompetitif.”

Kalau kita lihat, harga RM1.99 ini memang yang paling murah. Sekiranya dinaikkan kepada harga pasaran, kita masih lagi tergolong antara negara dengan harga minyak terendah.”

Harga RM1.99 Seliter Akan Dikekalkan

Menjawab persoalan sama ada harga petrol akan diturunkan jika harga minyak dunia jatuh, beliau menegaskan harga RM1.99 seliter kekal kerana ia adalah harga subsidi tetap.

RM1.99 adalah harga bersubsidi, jadi ia akan dikekalkan dan tidak boleh diturunkan lagi.”

“Alhamdulillah, kita masih boleh bersyukur kerana harga minyak di negara kita adalah antara yang terendah di dunia.”

Mekanisme Penetapan Harga Kekalkan Kestabilan

Harga petrol di Malaysia ditentukan menggunakan mekanisme sistem penetapan harga petrol (EPM) yang mengambil kira perkembangan harga minyak mentah dunia. Kaedah itu membolehkan Kerajaan mengimbangi kestabilan harga bahan api dengan kemampuan fiskal negara.

Pada harga subsidi baharu tersebut, rakyat dijangka terus menikmati kos sara hidup lebih rendah, manakala Kerajaan dapat mengawal ketirisan dan memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak melalui program Budi Madani RON95 (BUDI95).

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) harga ron95 Kementerian Kewangan (MOF) Menteri Kewangan II
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.