Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harga Honda NSR 150 (2002) Cecah RM49k!
Roda2

Harga Honda NSR 150 (2002) Cecah RM49k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/01/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TERKEJUT sambil menggosok-gosokkan mata apabila tengok harga Honda NSR 150 (2002) dari Indonesia ini. Berdasarkan butiran iklan, pemilik sportbike itu nampaknya yakin benar dapat menjual motosikalnya itu pada harga Rp165 juta (RM49,000). Wow!

NSR 150 SP dengan asas RR yang berusia hampir dua dekad itu mungkin model NSR 150 paling mahal pernah ditawarkan di Indonesia. Logikkah model tersebut mampu mencecah harga sampaI RM48,000?

Asasnya, nilai sebuah motosikal berstatus legenda atau ikonik adalah subjektif, dan bergantung kepada pandangan dan penilaian masing-masing.

Jika anda orang biasa-biasa, harga setinggi itu semestinya tidak dapat diterima akal. Malah, apa saja jenis NSR 150 dengan asas RR yang menembus angka lebih Rp100,000,000 sudah boleh dikatakan kurang relevan kecuali jentera itu adalah versi SP tulen.

Berdasarkan pengalaman, model tersebut dalam kondisi bagus dan tulen mampu mencecah harga sekitar Rp120,000,000 (RM35,000). Jika ditanya pengumpul koleksi, harga tersebut masih relevan. Namun berdasarkan tinjauan di Malaysia, harga NSR 150 SP cuma berlegar sekitar RM7,500 hingga RM15,000 sahaja, manakala NSR 150 RR pula berharga lebih murah, kira-kira RM5,000.

BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k

Jenama NSR memang terkenal di medan lumba dan tidak hairanlah apabila dilancarkan, sportbike 2-lejang itu pantas mendapat sambutan hangat daripada peminat Honda. Ada beberapa varian diperkenalkan, bermula R, RR dan paling tinggi, SP. Boleh dikatakan NSR 150 ialah model replika kepada jentera lumba GP 500.

NSR 150 menjadi model 2-lejang mesti milik kerana Honda satu-satunya pengeluar yang setia memasarkan enjin 4-lejang sejak 1960-an. Ketika Yamaha dan Suzuki lebih suka bermain dengan enjin 2-lejang dan baru hendak menumpukan kepada trenkuasa 4-lejang pada penghujung 1990-an, Honda pula bermula lebih awal.

Honda seakan sudah tahu enjin 4-lejang akan digunakan pada masa depan. Jadi, kelahiran enjin 2-lejang NSR 150 menjadi antara karya Honda paling popular dan paling diburu di pasaran tertentu kerana selepas itu memang tiada lagi enjin 2-lejang dihasilkan.

BACA >>> Evolusi 16 Tahun Honda CBR 150R, Pernah Menjengah Malaysia Suatu Masa Lalu

GALERI

SUMBER: IwanBanaran

Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda NSR 150 RR Honda NSR 150 SP roda2 sportbike sportbike 150cc Sportbike 2-Lejang
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Honda Insight EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2027 Kembali, Kini Sebagai SUV EV

08/03/2026

3 Comments

  1. Jan on 26/01/2020 12:29

    Kalau harga macam tu, saya lebih berminat dgn model2 2 lejang 2 silinder, macam RD atau RZ 350. Cc lebih besar dan lebih cantik juga menurut saya

    Reply
  2. Sofian Bin Mohamed on 30/01/2020 12:46

    Saya ada sebiji NSR 150RR Tahun 1996

    Reply
  3. Akram on 05/02/2023 23:20

    Nak jual tak ?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.