Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hampir 2,700 Pemilik Kenderaan Mewah Tiada Cukai Jalan Sah, Porsche Paling Tinggi
Auto Terkini

Hampir 2,700 Pemilik Kenderaan Mewah Tiada Cukai Jalan Sah, Porsche Paling Tinggi

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

2,700 pemilik kereta mewah di Malaysia tiada cukai jalan sah

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatatkan hampir 2,700 pemilik kenderaan mewah seluruh negara dikesan gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan, dengan pemilik Porsche merekodkan jumlah tertinggi, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap pematuhan dalam kalangan pemilik kenderaan bernilai tinggi.

JPJ Malaysia secara khusus memaklumkan sebanyak 2,685 kenderaan mewah dikenal pasti tidak mempunyai LKM sah menerusi OpLuxury bagi tempoh 1 Januari hingga 18 Disember 2025.

Data JPJ Diperolehi

2,700 pemilik kereta mewah di Malaysia tiada cukai jalan sah
2,700 pemilik kereta mewah di Malaysia tiada cukai jalan sah

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ Malaysia, Dato’ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, Porsche mencatatkan angka tertinggi dengan 1,887 kenderaan, disusulu Ferrari (223 pemilik), Lamborghini (195 pemilik), Bentley (172 pemilik), Maserati (88 pemilik), Rolls–Royce (64 pemilik) dan Aston Martin (56 pemilik).

Beliau berkata, kegagalan memperbaharui LKM adalah kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain mendedahkan pemilik kepada risiko besar kerana kenderaan tanpa LKM adalah tidak dilindungi insurans, sekali gus boleh membawa implikasi kewangan dan perundangan serius jika berlaku kemalangan.

Kutipan LKM Meningkat

2,700 pemilik kereta mewah di Malaysia tiada cukai jalan sah

Dalam perkembangan berkaitan, OpLuxury mencatatkan peningkatan ketara dalam pembaharuan LKM, melibatkan 12,921 kenderaan mewah dengan jumlah kutipan mencecah RM34.47 juta.

Sekali lagi, Porsche merekodkan nilai tertinggi dengan 10,142 kenderaan diperbaharui, menyumbang kutipan RM17.94 juta.

Setakat ini, 855 kenderaan mewah disita sejak OpLuxury dilaksanakan pada Julai 2025. JPJ turut memberi amaran, 2,685 kenderaan yang masih tidak patuh kini berada dalam pemantauan penguatkuasaan dan tindakan sitaan akan diambil sekiranya LKM tidak diperbaharui segera.

Tunggakan Saman Cecah RM1.45 Bilion

Dalam sidang media sama, JPJ mendedahkan 4.841 juta saman JPJ masih belum dibayar, membabitkan tunggakan bernilai RM1.45 bilion.

Bagaimanapun, menerusi inisiatif diskaun Kerajaan, 583,281 saman sudah diselesaikan setakat ini, dengan kutipan RM77.27 juta.

Kerajaan kini menawarkan diskaun kompaun 50 peratus bagi saman JPJ dan 70 peratus bagi saman polis hingga 30 Disember 2025, dan orang ramai dinasihatkan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan di kaunter atau platform pembayaran dalam talian.

JPJ turut mengingatkan pemilik kenderaan bahawa semakan dan pembaharuan boleh dibuat melalui portal MySikapdan aplikasi MyJPJ, selaras usaha berterusan memperkukuh penguatkuasaan demi keselamatan pengguna jalan raya.

SUMBER: TheBorneoPost

diskaun saman diskaun saman 50 peratus diskaun saman 70 peratus Lesen Kenderaan Motor (LKM) OpLuxury saman jpj Saman Polis Tiada Cukai Jalan
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

Kenta Kon - Presiden dan CEO baharu Toyota
Auto Terkini

Kenta Kon Dilantik Presiden, CEO Baharu Toyota!

08/02/2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tampil Model Baharu AFEELA Prototype 2026, AFEELA 1 Keluar Tahun Ini!

06/02/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Singer Guna Khidmat Red Bull Advanced Technologies, Porsche Klasik Jadi Lebih Kuat!

05/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

05/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.