Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Syahrin Hampir Pasti ke MotoGP, Ujian Pra Musim di Buriram Jadi Penentu!
Auto Terkini

Hafizh Syahrin Hampir Pasti ke MotoGP, Ujian Pra Musim di Buriram Jadi Penentu!

AryonBy Aryon05/02/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PANAS! Panas ! Panas! Pelumba sensasi kita, Hafizh Syahrin sah bakal beraksi dalam kejuaraan MotoGP bersama pasukan barunya, Monster Yamaha Tech 3 sekali gus menamatkan teka-teki mengenai status terkini anak muda kelahiran Selangor itu.

Hafizh, yang terkenal dengan julukan Pescao, akan muncul dengan jentera baharunya, Yamaha YZR-M1 dalam ujian pra musim kedua di Buriram, Thailand, minggu depan. Ujian pertama baru saja selesai minggu lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan pasukan Yamaha Tech 3 ketika itu menggunakan khidmat pelumba World Superbike (WorldSBK), Yonny Hernandez untuk pelumba ganti kepada Jonas Folger yang menarik diri dalam saingan musim ini. 

BACA >>> Hafizh Syahrin Bakal ke MotoGP? Kini dalam Senarai Utama Pasukan Yamaha

Status terkini Hafizh itu dilaporkan portal MCN, dan turut disahkan menerusi nota Monster Yamaha Tech 3 yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Hafizh, beberapa jam tadi.

“Pertama sekali saya mahu berterima kasih kepada Herve Poncharal kerana beri saya peluang dan sudah tentu kepada seluruh pasukan Monster Yamaha Tech 3. Saya akan cuba yang terbaik sepanjang tiga hari di Thailand. Bagi saya, inilah impian jadi kenyataan untuk menunggang jentera MotoGP. Saya akui sangat gembira dapat peluang ini.

“Saya harap dapat memecut pantas untuk menunjukkan kepada semua apa yang mampu saya buat. Saya mahu berterima kasih kepada Razlan (pengurus SIC Team) dan semua yang menyokong yang membuatkan hal ini terlaksana. Saya cukup gembira dan mahu lihat ke Buriram kerana inilah kali pertama saya menunggang motosikal MotoGP. Saya tahu perlu banyak belajar tentang Yamaha YZR-M1, dan bersemangat untuk faham bagaimana pasukan ini bekerja kerana tahu mereka sangat berpengalaman. Saya mahukan banyak input daripada mereka Semasa musim sejuk lalu, saya banyak berlatih dan harap kerja keras ini berbaloi. Saya tidak sabar untuk mulakan ujian.

BELUM 100 PERATUS SAH?

Walaupun sumber MCN mengesahkan Hafizh sebagai pengganti Folger, tetapi ketua pasukan Yamaha Tech 3, Poncharal pula menyatakan catatan masa di Thailand nanti akan menentukan nasib pelumba Moto2 itu.

Menurut Poncharal, selepas ujian di Sepang, pasukan Yamaha Tech3 sudah melakukan banyak rundingan sebelum memutuskan memilih Hafizh dan yakin dia mampu menonjolkan keupayaannya.

HERVE PONCHARAL

“Dia masih muda, baru 23 tahun, sudah beberapa kali naik podium Moto2, dan itu bukan mudah. Dia menamatkan saingan dalam kelompok 10 pelumba terbaik dalam saingan Moto2 2017. Itu pencapai hebat kerana saya tahu betapa sukar kategori tersebut.

“Seperti saya selalu cakap, memiliki pelumba muda adalah sangat bermakna bagi pasukan ini berbanding memiliki pelumba yang sudah ada nama. Mari lakukan yang terbaik, saya sudah cukup teruja dan optimis, selepas Buriram kami akan segera buat keputusan akhir (Let’s do the test, I’m already full of excitement and optimism and really soon after Buriram we will take a final decision). Terima kasih kepada Razlan Razali daripada SIC, sebagai pengurus Hafizh,” kata Poncharal.

Kenyataan akhir Poncharal itu seakan memberi bayangan tentang keputusan yang dicapai Hafizh di Buriram bakal menjadi penentu nasibnya dalam saingan MotoGP kelak. Ayuh doakan hero kita!

KREDIT FOTO: Hafizh Syahrin Pescao55

Auto Terkini Hafizh Syahrin Herve Poncharal Monster Yamaha Tech 3 Moto2 MotoGP pescao roda2 Yamaha Yamaha YZR-M1
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.