Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GWM Wey G9 Hi4 PHEV Terima Lebih 800 Tempahan Dalam Seminggu
Auto Terkini

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Terima Lebih 800 Tempahan Dalam Seminggu

SyafieBy Syafie11/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GWM Malaysia mengumumkan model MPV mewah baharu mereka, GWM Wey G9 Hi4 PHEV, sudah menerima lebih 800 tempahan dalam tempoh seminggu selepas pelancarannya.

Pencapaian ini membuktikan permintaan kukuh terhadap MPV New Energy mewah pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia, sekali gus mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap teknologi hibrid pintar dalam segmen premium.

Model ini dilancarkan secara rasmi pada 29 Januari 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dan dirasmikan Timbalan Menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin.

CKD Strategik Kukuh Peranan Malaysia Sebagai Hab ASEAN

Menurut Sim Tze Tzin, kemunculan Wey G9 Hi4 PHEV merupakan langkah strategik dalam memacu Malaysia sebagai hab pengeluaran dan eksport kenderaan New Energy mewah di rantau ASEAN.

Beliau turut menekankan kepentingan pemasangan tempatan (CKD) yang memanfaatkan ekosistem industri negara, termasuk lebih 72 vendor tempatan dan tenaga kerja teknikal berkemahiran tinggi.

Langkah ini juga selari dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang menekankan pembangunan industri berteknologi tinggi serta pemindahan teknologi bernilai tinggi.

Bukan Sekadar Angka Tempahan

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, jumlah tempahan yang diterima bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan kefahaman pengguna terhadap nilai sebenar yang ditawarkan Wey G9 Hi4 PHEV.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah turut menegaskan pencapaian ini membuktikan keupayaan ekosistem pemasangan tempatan Malaysia menepati piawaian global.

170km Elektrik, Lebih 1,000km Jarak Keseluruhan

Wey G9 Hi4 PHEV dikuasakan sistem hibrid pintar Hi4 GWM, yang menawarkan:

  • Jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 170km
  • Jarak keseluruhan melebihi 1,000km
  • Prestasi hibrid cekap dan pemanduan senyap
  • Fokus kepada keselamatan dan keselesaan keluarga

Model ini ditawarkan pada harga RM269,800, menjadikannya antara MPV PHEV mewah paling kompetitif dalam pasaran Malaysia ketika ini.

Dengan sambutan lebih 800 tempahan dalam tempoh seminggu, Wey G9 Hi4 PHEV jelas mencerminkan perubahan selera pengguna tempatan ke arah mobiliti pintar dan berteknologi tinggi.

Auto Terkini GWM Malaysia GWM Wey G9 Hybrid Intelligent 4WD (Hi4) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    30/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.