Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»GWM Wey G9 CKD di Melaka Kini Dieksport ke Thailand Kali Pertama
Roda4

GWM Wey G9 CKD di Melaka Kini Dieksport ke Thailand Kali Pertama

SyafieBy Syafie27/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GWM Wey G9 CKD

GWM Malaysia mencipta satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan serantau apabila buat kali pertama mengeksport unit pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia untuk model GWM Wey G9 ke Thailand, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia dalam strategi serantau kenderaan tenaga baharu (NEV) jenama itu.

Penghantaran bersejarah itu susulan kejayaan pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) GWM Wey G9 yang dipasang CKD di Malaysia, dan menjadi fasa strategik seterusnya dalam usaha GWM Malaysia memperluas pasaran serantau serta membina ekosistem pembuatan automotif Asean yang bersepadu dan mampan.

Yakin Keupayaan Pemasangan Malaysia

Logo GWM

Pelaksanaan eksport CKD ke Thailand mencerminkan keyakinan GWM terhadap keupayaan Malaysia sebagai hab pemasangan automotif berkualiti tinggi, termasuk dari aspek pemindahan teknologi, kecekapan operasi dan potensi eksport jangka panjang.

Inisiatif itu dijangka menyumbang kepada:

  • Pembangunan industri pemasangan yang lebih kompetitif
  • Pertumbuhan vendor tempatan
  • Pengukuhan kedudukan Malaysia dalam strategi serantau GWM

Malaysia Hab Strategik NEV Asean

Ketua Pegawai Operasi (CEO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, penghantaran CKD Wey G9 ke Thailand membuktikan asas kukuh yang sedang dibina GWM di rantau Asean.

Peranan Malaysia sebagai hab pemasangan strategik membolehkan kami menyokong pasaran negara jiran dengan produk New Energy yang canggih, selain memperkukuh integrasi rantaian bekalan serantau.

“Penghantaran ini bukan saja langkah ke depan, tetapi mencerminkan kehadiran jangka panjang kami di Asean,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, GWM Wey G9 adalah gabungan kejuruteraan bertaraf dunia dengan keupayaan pemasangan tempatan yang mantap.

Penghantaran ke Thailand membuktikan daya saing operasi kami.

“Ia bukan sekadar pencapaian logistik, tetapi permulaan kepada matlamat jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam masa depan New Energy GWM,” katanya.

Teknologi NEV Premium untuk Pasaran Thailand

GWM Wey G9 Hi4 PHEV
GWM Wey G9 Hi4 PHEV

Model GWM Wey G9 yang dieksport ke Thailand dibangunkan berasaskan platform New Energy GWM, disokong penyelidikan global jenama itu serta jaminan kualiti pemasangan tempatan.

Antara teknologi utama yang bakal diperkenalkan kepada pasaran Thailand ialah:

  • Sistem Pintar Hibrid 4WD (Hi4)
  • Teknologi keselamatan pintar termaju
  • Pengalaman kabin premium, sesuai untuk kegunaan keluarga dan perniagaan

Program CKD Pacu Pembangunan Tempatan

Program pemasangan CKD GWM di Malaysia terus berkembang hasil peningkatan keupayaan teknikal tenaga kerja tempatan dan pembangunan kemahiran berterusan.

Usaha itu bukan saja menyerlahkan keupayaan NEV Malaysia, tetapi menegaskan komitmen GWM terhadap pembangunan industri serantau yang mampan.

Susulan kejayaan eksport CKD itu, GWM Malaysia sedang membuat persediaan pelancaran rasmi GWM Wey G9 di pasaran tempatan pada awal 2026.

Maklumat lanjut mengenai pelancaran berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat, selari pelaksanaan pelan hala tuju NEV GWM di Malaysia dan Asean.

Auto Terkini GWM Malaysia GWM Wey G9 Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.