Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GWM Malaysia Lancar Pusat 4S di Seremban, Pulau Pinang
Auto Terkini

GWM Malaysia Lancar Pusat 4S di Seremban, Pulau Pinang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GWM Malaysia mengumumkan pembukaan premis berstatus 4S, masing-masing di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebagai langkah memudahkan pelanggan mendapatkan khidmat sokongan selepas jualan dan membantu merancakkan penerimaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Pusat 4S GWM di Seremban, Negeri Sembilan dirasmikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kelmarin. Berikut butiran mengenai dua premis terbaharu GWM Malaysia:

1. GWM Seremban

Dikendalikan pengedar Seremban Victory Credit Sdn Bhd (Seremban Victory Credit). Dilengkapi empat ruang baik pulih kenderaan elektrik (EV) dengan luas premis kira-kira 11,000 kaki persegi.

Mampu mempamerkan lima model kenderaan pada satu-satu masa, dan memiliki 12 kakitangan.

2. GWM Penang

Pusat 4S ini diuruskan pengedar CS Euro Auto Sdn Bhd (CS Euro Auto) yang memiliki enam ruang baik pulih EV dengan keluasan premis 25,000 kaki persegi.

Premis ini juga mampu mempamerkan lima model serentak dan memiliki 17 kakitangan bertugas.

PENINGKATAN KEPERLUAN PENGECAS EV

Kedua-dua premis dilengkapi kemudahan Wifi, bilik mesyuarat, ruang istirahat, sudut permainan dan makanan snek ringan serta minuman percuma. Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui berkata:

Dengan rancangan strategik GWM, pembukaan pusat servis 4S di Seremban adalah langkah penting untuk memenuhi keperluan orang bergerak dari kawasan bandar ke luar bandar ketika bandar Seremban menyaksikan peningkatan penduduk signifikan.

“Sebagai tambahan, premis di Pulau Pinang adalah negeri dengan bandar utama yang menyaksikan peningkatan mendadak rangkaian pengecasan untuk EV.”

Sebelum ini, GWM Malaysia membuka Pusat 4S di USJ, Subang Jaya yang menyaksikan ramai pengunjung datang untuk memandu uji model Haval H6 dan GWM Cannon.

Anthony Loke autoterkini GWM Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Mike Cui Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.