SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan ke-68, GWM Malaysia memperkenalkan Kempen Merdeka 2025 dengan tema 'Gaya Wawasan Malaysia' yang berlangsung sepanjang 16 Ogos hingga 28 September 2025.
Kempen itu diraikan melalui siri aktiviti menarik di bilik pameran, promosi eksklusif dan jelajah seluruh negara yang mengangkat semangat kemerdekaan penuh gaya dan inovasi.
Ketua Pegawai Operasi (CEO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata;
Merdeka adalah masa untuk kita menilai sejauh mana pencapaian negara dan melangkah ke depan dengan keyakinan.
"Di GWM, mobiliti bukan sekadar pengangkutan, tetapi simbol memperkasa rakyat, menghubungkan komuniti dan memacu kemajuan. 'Gaya Wawasan Malaysia' melambangkan komitmen kami untuk menawarkan produk serta pengalaman yang membanggakan rakyat Malaysia."
'Merdeka Book & Win'
Sepanjang tujuh hujung minggu kempen, pelanggan yang menempah kenderaan GWM di bilik pameran sah berpeluang menyertai peraduan 'Merdeka Book & Win'.
- Cabutan segera di lokasi
- Cabutan Bertuah Utama bernilai keseluruhan hingga RM120,000
Antara hadiah utama menanti ialah:
- iPhone 16 Pro (128GB)
- Nintendo Switch 2
- DJI Osmo Pocket 3
- Philips Air Purifier
- Xiaomi X20+ Robot Vacuum
- Samsung Galaxy A56
- Marshall Acton III
- Sony WH-1000XM5 Noise Cancelling Headphones
- Galaxy Watch 7
- Dyson Cool Fan
Promosi Eksklusif Ogos
Sempena bulan kemerdekaan, GWM Malaysia turut menawarkan tawaran istimewa, pakej nilai tambah dan penjimatan masa terhad untuk semua model GWM yang menjadikan pemilikan kenderaan jenama itu lebih berbaloi berbanding sebelum ini.
Siri Jelajah 'GWM Goes on Tour'
Bagi mendekatkan jenama kepada rakyat Malaysia, GWM Goes on Tour akan singgah ke beberapa lokasi utama dengan tawaran pandu uji, aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.
Zon Tengah
- Mid Valley Kuala Lumpur: 10-14 September
- GF Luxe, 1 Utama: 7 Oktober-6 November
Zon Utara
- Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: 30 Oktober - 2 November
- Ipoh Parade: 6-9 November
Zon Selatan
- Paradigm Mall, Johor Bahru: 27-31 Ogos
GWM Perluas Rangkaian dengan Bilik Pameran Baharu di Klang
Dalam usaha memperkukuh kehadiran di Malaysia, bilik pameran baharu GWM Klang dibuka di PT 4209, Jalan Kapar, Kawasan 18.
- Luas keseluruhan: 3,900 kaki persegi
- Ruang menunggu pelanggan: 1,140 kaki persegi
- 3 ruang servis dengan kapasiti hingga 200 kenderaan sebulan
Waktu operasi:
- Jualan: 9 pagi - 6 petang (setiap hari)
- Servis: 8 pagi - 5.30 petang (tutup Ahad dan Cuti Umum)
Bilik pameran itu direka untuk memberi pengalaman runcit premium bersama sokongan selepas jualan cekap dan boleh dipercayai. Layari www.gwm.com.my atau kunjungi bilik pameran GWM berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka 2025 - Gaya Wawasan Malaysia.
Leave a Reply